Sunday, September 13, 2009

Pernahkah kau tercium keharumannya

2





ABS dan SMKT, sentiasa menjadi landmark di Temerloh.

Kedua-duanya terletak sebelah-menyebelah tinggi di atas bukit yang berkabus.
Sekali kau mendongak dari bawah, fikiran kau terusik .......

Kedua-dua sekolah itu tak ubah seperti dua biji Ceri berwarna merah di atas kek coklat yang bertingkat-tingkat.

Selalunya kau lupa mengira jumlah tingkat pada kek,
tapi kau takkan lupa tentang dua biji ceri berwarna merah di atasnya.

Permandangan dari atas bukit,
~kawasan larangan~

Setiap inci wilayah itu dipagar rapi mirip kota Berlin tahun 80an.

Namun di balik jaring besi setinggi 6 kaki itu masih dapat melihat dengan jelas keadaan jalanraya.
Setiap pagi nampak sibuk dengan anak-anak berpakaian seragam.
Berpusu-pusu.
Berlumba-lumba cuba mendahului loceng sekolah.

Dan diantara mereka, ada juga yang pelajar-pelajar lelaki nakal yang tak suka berlumba.
Mereka masih lagi menghirup asap rokok dan bersembang topik-topik orang dewasa.

Mereka tidak pernah mengendahkan mata-mata liar yang sedang mengawasi mereka dari atas bukit. Guru disiplin pencemburu yang tak pernah letih memusuhi mereka.

KRINGGGGGGGGG!!!!

Petunjuk yang buruk. Loceng berdering.
Tanda AWAS bernyala menanti mereka.

Sekumpulan pelajar ditahan di depan pintu gerbang sekolah.
Tersangka melanggar peraturan sekolah. Menghisap rokok.
Tiada satu pun yang mengaku.

Guru disiplin tak berpuas hati.
Dia sudah melihat dengan mata kepala sendiri.

Dipegangnya tangan seorang pelajar dan diciumnya.
Jelas bau tembakau masih pekat melekat dicelah jari-jemari pelajar malang itu.
Satu penampar dihadiahkan serta merta.

Dicuba untuk pelajar kedua.
Jawapan yang sama, bau yang sama dan hukuman yang sama.
Proses berjalan serupa untuk pelajar yang seterusnya.

Hanya untuk pelajar ke lima saja proses terencat.

Muka guru disiplin berubah warna sebaik sahaja tercium tangan Din Afro.
Memang ada keanehan

Muka Din Afro dilempang bertubi-tubi.
Lebih 20 kali.

Guru disiplin tak sedar sewaktu dia sibuk memeriksa tangan pelajar tadi, Din Afro sempat memasukkan jari ke dalam lubang juburnya sendiri.

Walaupun dilempang banyak kali, Din Afro tyersenyum puas.
Hari itu guru disiplin telah dengan rasminya menjadi orang pertama mencium bau juburnya.

/// Itulah pengajaran paling bermoral.
Hippies sentiasa menentang undang-undang dengan cara tersendiri.
Dahsyat dan berinovatif.



Saturday, September 12, 2009

menelanjangkan sebuah revolusi

0



Aku sudah tinggalkan dunia blog dan sengaja aku biarkan ia kecewa dan kesepian .

Rasa tak selamat.
Ada periskop-periskop fasis sedang mengintai-intai dari permukaan lautan.
Berselindung di sebalik kocakan ombak, Aku dah naik muak.

Tak ada kebebasan langsung.


Satu entri lama tentang rejimen yang tiba-tiba jadi entri hangat..

Dulu, memang tak pernah dipedulikan sesiapapun.


Sehinggalah kanak-kanak parlimen mencium blog tulisan bekas pejuang komunis dari selatan Siam tak lama dulu.

commy-phobia kembali menggegar.


Pemikir tengit !!




Dunia blog kembali dihantui.


" Delete semua link ke blog berbau leftish sekarang.

Awas gerak langkahmu whoa ohh!" kata seorang teman dalam nada KRU.


Sama macam aku, dia juga seorang peminat sejarah 'gelap'.

Sejarah gelap yang cuba dihapuskan dalam buku sejarah.


Kebanjiran pelawat datang menziarahi entri tentang regimen buat jiwa aku jadi kebah.

Disusuli komen-komen pelik dari user-user yang aneh pula.

Rasa paranoidku semakin parah.

2-3 ratus pengunjung sehari untuk satu entri ?


Aku delete post-post regimen tu.

Uh !! aku tak berminat mahu jadi blogger popular.

Mereka ni semua datang dari mana ??


Aku bukan blogger profesional.

Aku senang berada dalam skala duniaku yang kecil.

Menjawab 6-7 komen dari kawan-kawan yang aku kenal.


Aku jadi trauma.

Mungkin pancingan dari pihak musuh.


"Awas gerak langkah mu whoa ohh!!"

kali ini aku menyahut seruan dari teman seperjuangan ku.

Yep, juga dalam nada KRU.

:)



topic:

nampak di fikiran namun tak bisa disentuh dengan tangan.

lebih besar dari cekrawala namun boleh menjadi sesempit penjara

semua manusia mempunyainya dalam kondisi yg berbeza-beza.

namun kadang-kadang menyatu.

itulah imaginasi yang merungkai cawat manusia nomad sebelum berubah menjadi trousers dan jeans .....

sebelum imaginasi membawa mereka kembali memaki cawat yang dibuat dari 100% kain kapas yang mereka gelar BOXER.

b2evolution


Monday, February 16, 2009

Temerloh Seharum Syurga

2

Sekiranya kamu semua lekapkan telinga rapat ke tanah, Kamu semua akan terdengar secebis bunyian dari syurga.

Bunyi yang dimaksudkan itu hampir sama dengan bunyi air sungai yang mengalir.

Aku tak tahu sekiranya ia berlaku serupa kepada kamu yang berada di luar daerah kami, tapi di Temerloh, arus Sungai Pahang itu, mengalir terus ke dalam darah kami. Sebagai warganya, aku bangga lahir di sini.

Walaupun Temerloh masih lagi berbau desa dan bukan pula lokasi tumpuan para pelancong. Jadi, kepada sesiapa yang dengan secara tak sengaja telah 'tersinggah' di sini, maka ada baiknya pergi ke Esplanade terlebih dahulu sebelum balik. Alami sendiri keindahan Kuala Semantan.

Minggu lepas, kawan-kawan datang dari Kuala Lumpur , walaupun membesar di Temerloh, tapi mereka dah lama tak balik. Setelah dibawa ke Esplanade, ramai yang terkejut. Temerloh semakin mempesonakan.

Seorang kawan ikhlas membuat kenyataan yang dia tak pernah naik bot. Aku memang tak bagi peluang. Aku terus memperlekehkan status dia sebagai anak Temerloh.

"Kau belum pernah naik bot selama kau tinggal di Temerloh ni?"

Aku soal dia, sebenarnya aku pun tak pernah naik. Saja keluarkan soalan macam tu biar dia rendah diri.

"Kau tahu, kalau kita berada di atas bot tu, getaran enjinnya akan buat jantung kita rasa mengelegak" Aku siap reka-reka cerita lagi pasal kehebatan naik bot yang aku pun belum pernah naik tu. :lol:

Kami akhirnya bersetuju, sewa bot cuma RM20 , kami meluncur laju di permukaan sungai. Sebagai orang Temerloh, aku tak tahu langsung betapa cantiknya sungai Pahang pada waktu petang. Kilauan cahaya yang bermanik-manik seperti tasbih itu bagaikan boleh disentuh dengan jari.

Dan paling aku tak tahu, pada tiang kaki jambatan patah ada terconteng perkataan XPDC. Ramai orang tak tahu. Sesekali pergi esplanade bolehlah cuba sendiri pengalamannya. Dan jangan lupa bawa kamera.



n651687585_2100481_8747
Hanya orang buta huruf sahaja yang tak dapat melihat keangungan tulisan Temerloh.