Wednesday, June 30, 2010

Mesej Dalam Botol

0

Air mabuk itu boleh kau hirup sampai habis
Tapi botol kosong itu tolong dikembali
Di dalamnya akan ku tuang semua perasaan
Dan botolnya akan ku lemparkan jauh ke tengah lautan

Hanyutlah !
Jangan sampai ditemui sesiapa
hanyutlah sampai ke tebing neraka

Kelak bila aku masih bernyawa tanpa ada perasaan
Mungkin aku hanya mayat yang bergelandangan

Kelak bila aku masih bernyawa tanpa ada perasaan
Ku terima takdir itu adalah kutukan


Friday, June 18, 2010

moment-moment keajaiban di Afrika pusingan 1

0



Seperti kejohanan lalu, Arika Selatan juga tak terlepas dengan pelbagai sensasi,
kontroversi, keajaiban dan kejutan.
Maka aku akan cuba mengulas tentang kejohanan ini dari kacamata aku sendiri.


1) Robert Green

Populariti penjaga gol England ini mula naik mendadak akibat kebodohannya yang luarbiasa.
ketika Argentina berbangga dengan insiden 'Tangan tuhan' ciptaan maradona,
nama Green pula akan dikenang dalam insiden 'Tangan Keldai'
Rembatan bola tak berbahaya yang bergerak dalam kelajuan 2 kilometer sejam telah ditepis masuk ke gawang sendiri.

" Saya meminta maaf kepada para penyokong,
saya cuma mahu membuat bola Shaolin Soccer.
Sepatutnya bola itu berputar menjadi puting beliung bentuk Ying Yang.
Saya betul-betul tak sangka teknik ini memakan diri sendiri."
Ujar Green kepada pihak Media dan berjanji untuk melakukannya lagi.





2) Pemain terbaik

Meskipun belum menjaringkan gol, tapi kelibat Lionel Messi sangat mengkagumkan.
Di tengah padang, dia diibaratkan seperti ikan lumba-lumba yang lumba berenang dengan ikan bilis.

Tatkala C Ronaldo masih belum menunjukkan skil tendangan api seperti dalam iklan minyak rambut, dan Rooney pula masih tenggelam dibuai bunyi vuvuzela,
Messi ternyata satu-satunya pemain terbaik yang ada di bumi afrika kali ini.
Kelincahan Messi mengelecek 7-8 pemain lawan membuatkan pemain argentina lain bebas tanpa kawalan





3) jaringan terbaik

Maicon yang entah datang dari celah-celah pemain Korea Utara meledakkan rebatan dari sudut sempit.
Hampir sukar dipercayai dia mampu menjaringkan gol dalam keadaan seperti itu.
Dalam angle semakin tertutup, dia masih mampu meletakkan bola ke dalam gol.

jaringan ajaib ini mengingatkan aku pada jaringan Roberto carlos dan Marco van Basten.:
http://www.youtube.com/watch?v=dwRYYeEk5Eg
http://www.youtube.com/watch?v=rDMGe2hCrZ0
Semoga akan ada gol yang lebih hebat dalam perlawanan2 yang akan datang. Yeahh ..






4) Pasukan Terbaik

Germany mula menarik perhatian lampu-lampu spotlight .
Meledakkan 4 gol menentang pasukan kangaroo dengan gaya permainan sang juara.

Gaya permainan mereka hampir sempurna,
serangan udara, serangan darat, serangan laut.. semuanya sempurna..
Mereka kuat, santai dan bergaya.
Pasti banyak pasukan cuba mengelak dari bertembung dengan pasukan Germany selepas ini.
Podolski dan Klose sedang bermesra-mesraan




5) Pasukan tercorot

Sukar dipastikan pasukan ini dibarisi oleh metador ataupun lembu penyondol.
Mereka menguasai hampir keseluruhan permainan. Mereka mencipta peluang.
mereka mengelecek penuh bergaya.
Namun permainan bolasepak bukan diukur dengan gaya.
Pemenang dikira dari jumlah gol yang dijaringkan.

Lebih banyak sesebuah pasukan itu menyerang, maka lebih longgarlah benteng pertahanan mereka.
Itu hukum bola sepak.
Menyerang bertali arus tanpa menghasilkan gol samalah seperti menempah maut.

Sekiranya Spain masih kekal dengan mentaliti sama, pasukan ini disarankan masuk sukan gimnastik berirama... terutama acara lambung-lambung bola.
Itulah satu-satunya Pertandingan yang mengiiktiraf persembahan cantik mengawal bola.

Puyol hanya berjalan Beruk sedangkan pique dan casilas hanya duduk bersantai ketika pemain switzerland menyelinap masuk membuat jaringan

Wednesday, June 16, 2010

Groupie A

0

Tamat sudah perlawanan pertama semua kumpulan , kontroversi dan kejutan cuma kisah2 biasa di piala dunia. Pasukan berprofil tinggi iaitu France , portugal dan Spain terbukti mandul. 
Mereka cuma tahu mengawal bola tapi tak tahu membuat gol. 

Manakala Pasukan-pasukan kerap menggondol tropi seperti Brazil, Germany dan ITALY ternyata matang menangani lawan masing-masing.

Kecuali Australia yang membariskan pemain-pemain berotak kangaroo, pasukan-pasukan kecil lain ternyata memperlihatkan persaingan sengit bagi mencongak peluang laluan masing-masing.
Memang susah nak teka siapa yang akan layak ke pusingan ke 2

Aku akan cuba mencuri masa untuk menggambarkan kedudukan setiap kumpulan dengan telus dan adil ... Yep, adil hehehe




Group A bolehlah dikatakan sebagai kumpulan maut !!
bukan kerana semua pasukan-pasukan di dalam group ini kuat, tapi semua pasukannya sama lembab belaka. 

Perlawanan pembukaan dalam group ini menemukan team regular dalam piala dunia iaitu Mexico menentang Tuan rumah Afrika Selatan. memperlihatkan kedua-dua pasukan memang tak mampu melangkah jauh, jadi perlawanan ini cumalah sekadar memenuhkan jadual sahaja.


Kecenderungan pengadil memihak tuan rumah terserlah juga di bumi Afrika apabila menafikan jaringan pembukaan Carlos Vela untuk Mexico. Namun perlawanan berkesudahan 1-1 ternyata tak memberi impak besar dalam perebutan piala.


Satu lagi perlawanan membabitkan bekas-bekas juara bertaraf menopause. 
France dan Uruguay bukan pesaing kejuaraan.
France tak macam ayam tambatan, mereka lebih mirip kepada ayam daging.




Uruguay dan France
Harimau tanpa taring

Tuesday, June 15, 2010

Italy tetap harum, walaupun belum lagi pamerkan sentuhan teragung

0




Akhirnya Italy buat kemunculan pertama mereka dalam World Cup edisi Afrika.
Saingan mereka adalah lawan terkuat di peringkat kumpulan iaitu Paraguay yang memang terkenal sebagai pasukan mengamalkan corak defensif.

Sebenarnya tak susah nak bezakan perwatakan pemain kedua-dua pasukan kerana pemain italy mirip bintang filem box office sedangkan wajah pemain paraguay tak ubah macam pengemis.

Italy bermula agak aggressif dengan mengawal setiap pergerakan bola.
Manakala Paraguay pula cuma ada sedikit ruang untuk menyerang balas yang rata-ratanya tak berbahaya langsung.

"Agak sukar bagi kami untuk mengontrol hensem sambil mengontrol bola, 
tapi kami berjaya melakukannya, kami mengontrol setiap inci padang " kata De Rossi

Memang mustahil bagi pasukan hodoh seperti Paraguay untuk menghasilkan gol padang menentang Azzurri. Kejayaan mereka mendapatkan satu goal hasil set-piece bolehlah dianggap pencapaian pencapaian terhebat sepanjang zaman dalam sejarah bolasepak negara mereka.

"Kami cuma menghalang tandukan Alcaraz, tapi ketiak dia terlalu busuk. Kami hampir muntah setiap kali bergelut mendapatkan bola di udara" protes pemain-pemain pertahanan Italy. 

Separuh masa kedua Azzurri turun tanpa sedikit pun rasa tertekan. Memperlihatkan ketokohan mereka sebagai juarabertahan.

Pepe hampir membuat sepakan gulung iklan milo .
Diikuti berberapa lagi serangan bertali arus bagi merobohkan benteng Paraguay yang berkampung di depan gol sendiri.

Italy tak menunggu lama, minit 63, De rossi pantas menyambar peluang depan gol hasil tendangan sudut.



Pemain italy mengangkat ketiak bagi memberi gambaran kepada paraguay mengenai perbezaan minyak wangi berkualiti




Taktik bodoh pengurus gedempol paraguay memasukkan pemain berstatus bintang di hujung babak saingan ternyata cuma taktik kuno.
Santa cruz dan Cardozo tak nampak pun mendatangkan kesan berbahaya.
Adalah lebih berguna kalau kedua pemain itu berehat di bangku simpanan dari pada berehat di tengah padang.

Walau apapun, perlawanan Italy menentang Paraguay ini tidaklah membosankan.
Mungkin keputusannya berkesudahan seri, tapi Italy memberi isyarat positif dengan mendominasi bola dan bergerak agresif.


Bagi perlawanan seterusnya untuk Italy adalah New Zealand.

"Kami akan membuat permohonan kepada FIFA supaya Italy diturunkan dengan 8 atau 9 pemain sahaja ketika bertemu kesebelasan New Zealand nanti. " 
Kata coach Italy membayangkan betapa takde fightnya saingan yang bakal menanti .

Monday, June 14, 2010

Belanda bukan karekter juara

0






Untuk kesekian kalinya, World Cup afrika Selatan semakin mewah dengan gol-gol komedi.
Yang terbaru dihasilkan oleh pemain denmark, Simon Poulsen.
Mungkin kerana trend semasa. Maklum lah, england kan trendsetter, apa yang diorang buat pasukan lain mesti tiru punya.

Walaupun Belanda menepati ramalan atas kertas,
tapi kemenangan mereka tak menampakkan ciri-ciri sang juara.
Sebenarnya mereka tak selincah mana pun.
Dan kedua-dua gol yang terhasil tu pun setaraf dengan gol liga M jer.





Oleh kerana kurang yakin dengan kemampuan Belanda, peminat mereka terpaksa pakai topeng kerana malu.
Turut dapat dilihat mereka membawa replika piala dunia yg dibuat dari rotan.. membayangkan piala itulah yang pasukan mereka cuma layak julang

Sunday, June 13, 2010

Aku dan world cup

0

Dalam masa sebulan ni, aku akan bercakap bahasa bola walaupun aku kurang fasih bermain bola.
Itu normal. Aku pengamat sukan bolasepak. Dan aku bukan athletic. 

Dalam sejarah hidup aku, memang dah banyak kali aku berhenti kerja supaya aku dapat menumpukan sepenuh tumpuan menonton World cup. Malah aku takkan fikir dua kali untuk lepaskan jawatan perdana menteri yang aku sandang sekiranya profession itu membuatkan aku tak boleh tengok world cup.
Maka sebab itulah aku tak dilahirkan menjadi seorang perdana menteri, sebaliknya aku lahir sebagai seorang penonton world cup.




Sebagai seorang yang berketerampilan kacak, maka pasukan pilihan aku haruslah kacak juga.
Ini bagi mewujudkan momentum semasa aku menyokong pasukan itu nanti. Dalam erti kata lainnya, baru ada chemistry pasukan dan peminat. 

Oleh kerana semua pasukan yang bertanding lebih cenderung memilih pemain-pemain berwajak penyangak, dan Italy pula adalah satu-satunya pasukan yang celik dunia dunia fesyen serta pemain-pemainnya berketrampilan model, maka aku pilih pasukan Italy sebagai fan sepanjang hayat.


Sebagai seorang fan yang true, sepatutnya aku tak tengok perlawanan bola sepak pasukan lain kecuali pasukan italy. Tapi aku terpaksa juga tengok pasukan-pasukan lain sebagai warm up untuk memberi sokongan maksima kalau italy main nanti. Dan tugas sebagai fan juga bukan mudah. Aku terpaksa bersengkang mata selain belajar mengutuk peminat pasukan-pasukan lain untuk menjatuhkan moral mereka yang sedia rendah. 

Sepanjang World cup ni, aku mungkin akan penuhkan blog ini dengan cerita bola. :)