Thursday, July 29, 2010

Kalau dalam dunia cuma ada 100 orang:

0

Kalau dalam dunia cuma ada 100 orang:
50 lelaki
50 wanita

Kalau dalam dunia cuma ada 100 orang:
20 adalah kanak-kanak


Kalau dalam dunia cuma ada 100 orang:
61 di Asia
12 di Eropah
13 di Afrika
9 di  Amerika Latin dan Caribbean
5  di Amerika Utara


Kalau dalam dunia cuma ada 100 orang:
31 kristian
21 Islam
14 Hindu
6   Buddha
12 penganut agama-agama lain
16 tidak menganut mana-mana agama


Kalau dalam dunia cuma ada 100 orang:
17 bertutur dialek cina
8   bertutur bahasa Hindustan
8   bertutur bahasa inggeris
7   bertutur bahasa Sepanyol
4   bertutur bahasa Arab
4   bertutur bahasa russia
2   bertutur bahasa Melayu/Indonesia
2   bertutur bahasa perancis
48  bertutur dalam bahasa-bahasa lain


Kalau dalam dunia cuma ada 100 orang:
82 boleh membaca dan menulis;
18 lain adalah buta huruf


Kalau dalam dunia cuma ada 100 orang:
75  mempunyai tempat tinggal untuk melindungi mereka dari hujan dan angin
25 orang lagi tak mampu


Kalau dalam dunia cuma ada 100 orang:
76 mendapat bekalan elektrik
24 tak dapat bekalan elektrik


Kalau dalam dunia cuma ada 100 orang:
83 mendapat bekalan air bersih
17 bergantung dari sumber air yang meragukan


Kalau dalam dunia cuma ada 100 orang:
53 berpendapatan bawah USD2
50 hidup di bawah garis kemiskinan


Kalau dalam dunia cuma ada 100 orang:
17 kurang zat
1 akan mati akibat kebuluran
15 gemuk terlebih makan

Sunday, July 11, 2010

Analisis terakhir

1

Mereka semua datang dengan sebab, dan mereka tersingkir juga dengan sebab:


  • Algeria ★ ada pun macam tak ada,
    eh, aku pun dah lupa... pasukan ni main 2 kali ke 3 kali ?


  • Argentina ★ gergasi latin ni macam armada perang yang menakutkan. Barisan hadapan boleh dilabelkan tahap senjata pemusnah. tapi gagal bersaing kompetitif sebab menggunakan perisai mainan beli kat pasar malam


  • Australia ★kangaroo tempang


  • Brazil ★ Mereka menjadi pasukan pilihan utama dalam semua 19 kali kejohanan piala dunia , walaupun mereka cuma mampu merangkul trofi 5 kali je.(Jangan bimbang, mereka akan jadi pasukan pilihan lagi untuk kejohanan akan datang)


  • Cameroon ★ pasukan ini datang untuk menari. Kalah menang tak kisah, yang penting menari .. ayuh donk ! digoyang, digoyang , ah , ah !!


  • Chile ★ goal keeper mana ? oh !! kat tengah padang..
    err bola kat mana ?? ooo , kat dalam gol.. bodoh keeper otak udang


  • Côte d'Ivoire ★ dah tahu memang takde peluang, mereka cuma nak timba pengalaman kencing tengah padang


  • Denmark ★ Viking bersaiz thumbellina



  • England ★ tak sangka mereka datang dari manchester united, chelsea & liverpool sedangkan gaya permainan mereka lebih mirip pasukan divisyen 4, Swindon city


  • France ★ Pasukan ayam pencen


  • Germany ★ Pasukan terbaik di piala dunia kali ini.Mereka boleh membelasah sesiapa sahaja kecuali sotong


  • Ghana ★ kalau menang jadi wira afrika, kalau kalah pun jadi wira afrika


  • Greece ★ menggunakan formula zaman primitif , sewaktu pasukan lain maju ke depan, greece lebih suka berundur ke belakang


  • Honduras ★ pasukan bertaraf piala tiger


  • Italy ★ tak mendapat keputusan yang baik walaupun bermain bermain dengan baik,


  • Japan ★ menggunakan khidmat guru besar sekolah sebagai coach dengan pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang freekick



  • Korea DPR ★ punching bag !! menyediakan perkhidmatan gangbang


  • Korea Republic ★ 4 perlawanan, 1 menang, 1 seri, 2 kalah


  • Mexico ★ gol tevez tu patut dibatalkan... kami mahu kalah 2-1 bukan 3-1


  • Netherlands ★ ubat tidur pun takde mengantuk macam team ni


  • New Zealand ★ Pasukan lembu tompok2. Mereka masih tak tahu kalau dalam bolasepak itu ada keputusan menang dan kalah. Mereka cuma tahu seri, seri, seri dan seri


  • Nigeria ★ dalam jarak dua jengkal dari gol terdedah pun, mereka lebih suka sepak menyeleweng


  • Paraguay ★ mereka bagaikan kereta yang ada 1 gear ke depan dan 9 gear gostan


  • Portugal ★ tersingkir awal pun tak apa selagi berjaya kongker iklan minyak rambut



  • Serbia ★ pasukan ni dah tersingkir ke ? bila masa dia main ?


  • Slovakia ★ bermain teruk dalam semua perlawanan kecuali masa lawan Italy


  • Slovenia ★ pasukan paling malang sebab mereka satu-satunya pasukan yang berjaya dikalahkan oleh england.


  • South Africa ★ Tuan rumah pertama yang gagal melepasi peringkat kumpulan kerana tertekan dengan bunyi vuvuzela


  • Spain ★ pasukan nafsu rendah .
    Sesetengah pemerhati menganggap mereka seperti mesin, tapi kalau dilihat jumlah jaringan nampaklah mereka adalah mesin yang tak produktif


  • Switzerland ★ mereka tak bernasib baik seperti Spain, tapi mereka lebih baik dari spain


  • United States ★ peduli apa dengan piala bolasepak, selagi kami juara bertahan bola keranjang


  • Uruguay ★Sewaktu pasukan lain buntu dengan jabulani tapi tidak kepada La Celeste, gandingan Forlan dan Suarez ternyata selesa menghasilkan gol-gol beraneka jenis sebagai hobi masa lapang


  • Sunday, July 4, 2010

    Moment-moment terhebat Piala Dunia ( volume 2)

    0

    Tiada bezanya antara karier bolasepak dan bidang pelacuran,
    Mereka berada dalam industri yang memaksa mereka berhempas pulas untuk memberi kepuasan kepada orang-orang yang tak mereka kenali.
    Pelacur untuk pelanggan dan bolasepak untuk penyokong fanatik.




    Tujuan aku tulis notes ini adalah untuk menyambung siri catatan moment-moment terhebat di Piala Dunia mengikut kaca mata aku sebagai pemerhati bebas dan adil :


    1) Ledakan Lencong Suarez

    Aku meletakkan Gol Suarez sebagai gol tercantik pada kejohanan kali ini.
    Dalam keadaan terikat sesudah pemain Korea selatan mendapat suntikan moral dari gol penyamaan, Suarez mencuri bola di bahagian kiri wilayah musuh.

    pada mulanya kelihatan langsung tak mendatangkan bahaya.
    Dengan menolak bola melepasi 2 pemain Korea dan meledakkan rembatan paling sempurna pernah aku tengok pada pentas tertinggi bola sepak. 
    ada 9 pemain korea dalam kawasan penalti sewaktu itu , mereka tak dapat melakukan apa-apa,
    begitu juga dengan penjaga gol korea, dia tiada peluang langsung menepis tendangan lencong seperti pisang itu, sekalipun kalau dia dilahirkan bertangan lapan.

    Oleh kerana kesemua pemain korea berada di tempat kejadian, mereka tak boleh lagi menyalahkan sesiapa, ternyata Suarez adalah pemain berkebolehan luarbiasa.


    http://www.youtube.com/watch?v=vkRCQJrebGc




    2 ) Dribble dari Luis Fabiano 

    Piala Dunia tanpa Brazil samalah seperti membayangkan Vivid Production tanpa aksi Porno.
    Sejak kali pertama kejohanan Piala Dunia diadakan, Brazil sentiasa menduduki carta pasukan pilihan nombor satu.
    Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu aksi pelik dan menguja dari mereka.
    Apabila kita melihat betapa mudah mereka menghasilkan gol, terlintas di kepala bahawa mereka ini sebenarnya bukan manusia. Paling tidak mereka pastilah makhluk-makhluk yang didatangkan khas dari angkasa.

    Setelah Maicon mencuri tumpuan pada perlawanan pertama, giliran Luis Fabiano pula memukau dunia dengan dribble tingkat khayalan. Dengan megilas kaki dan badan ke kanan dan ke kiri sepantas cahaya sehingga membuatkan pemain-pemain Ivory coast dan pengadil menjadi rabun hampir-hampir buta.
    L Fabiano mengambil kesempatan menyentuh bola dengan tangan 2 kali sebagai mesej agar Maradona dan tangannya patut disimpan dalam muzium.


    http://www.youtube.com/watch?v=LY6aIesb3kg



    3) Pertahanan Kental 

    Kempen Piala dunia England kali ini adalah yang paling teruk kerana terlalu bergantung pada pelakon-pelakon iklan. Bagi peminat setia mereka pastilah sangat merasai kehilangan pelakon iklan terkemuka iaitu David Beckam. 
    Prestasi England merundum drastik sehingga terdapat ura-ura untuk merubah logo three lions dengan logo singa sarkis. 
    Ketumpulan otak penyerang boyot Wayne Rooney dan keterpaksaan mereka menggunakan penjaga gol divisyen 3 memaksa pasukan mereka banyak bertahan. 
    Ketika mendahului 1-0 menentang Slovenia, John Terry terpaksa menggunakan senjata rahsianya bagi mempertahankan gawang mereka.
    Terry terpaksa melompat sambil menyamarkan dirinya menjadi palang gol ke2.

    "Saya berharap aksi saya itu akan menarik minat pengusaha iklan-iklan chikadees" Kata Terry dengan bangga.

    teknik lompatan kapal selam adalah teknik berbahaya yg boleh meragut nyawa



    4) Bintang baru paling menyerlah

    Setiap kejohanan besar seperti piala dunia dan euro ,pasti ada bintang baru yang akan muncul, antara yang berjaya menempa nama mereka dalam tournament kali ini termasuklah:
    Honda (jepun), 
    Vittek (Slovakia), 
    Gyan (Ghana) ,
    Ozil , muller (germany),
    Hernandez (Mexico) 
    Subkhiddin (Malaysia). 

    Namun bintang yang paling menarik perhatian pastilah Suarez, bintang baru Uruguay. 
    Tajam , lincah dan sangat berbahaya. Gandingannya dengan Forlan mula mengingatkan aku pada duo hebat zomorano/salas (Chile) dan Romario/bebeto (Brazil) pada era 90an.

    Walaupun mukanya macam muka pelawak, tapi pemain ini perlu sentiasa diberi perhatian



    5) Perlawanan Terbaik

    Uruguay Vs Ghana - 
    Nah , perlawanan paling dramatik pernah aku tengok. Betapa sesetengah perlawanan itu memang ditentukan oleh nasib mujur dan nasib buruk. Ghana mendahului melalui rembatan luar kotak penalti sebelum dipadamkan oleh freekick lencong dari forlan.

    jarum jam menunjukan 30 minit masa tambahan berada di penghujung, bola pinball menlantun-lantun dalam kotak penalti uruguay yang menyaksikan rembatan pemain Ghana di sepak keluar atas garisan gol dan rembatan susulan ke gawang ditepis oleh Suarez menggunakan tangan.Nasib malang menimpa Uruguay bila lawan mendapat penalti dan Suarez dihalau keluar padang.

    Asamoah Gyan , pemain harapan ghana telah menukar nasib mujur ghana menjadi mimpi ngeri apabila tendangan penaltinya tersasar jauh ke pouncak gunung.
    Wajah malang pemain Uruguay kembali bersinar cahaya. 
    Penentuan penalti sejurus selepas itu disempurnakan dengan yakin oleh pemain Uruguay.
    Dan Ghana rebah kerana terlalu percaya kepada mat gian.


    Tendangan Gyan yang mirip penari ballet melambung ke langit yang membuatkan teman sepasukan duduk mencangkung mengenangkan nasib

    *Sekiranya ada perlawanan lain yang bakal dikenang pastilah perlawanan Spain-Paraguay yg unik dengan 2 penalti yg gagal disempurnakan oleh kedua-dua pasukan. Dan juga perlawanan Italy-Slovenia yang menyaksikan gol-gol minit akhir atas daya usaha pemain Italy bersemangat juang tinggi dan cuba bangkit melawan.






    PERJUANGAN BELUM BERAKHIR



    Tinggal 4 lagi pasukan, 
    Tinggal 4 lagi perlawanan, 
    Sebelum usai segala teka-teki tentang pemilik mutlak Piala Dunia.

    Aku tak berminat sangat memperkatakan tentang 4 pasukan terakhir, 
    Namun sejak 1990, 4 pasukan di suku akhir kembali dikuasai oleh pasukan2 tradisi dalam dunia bolasepak. 
    Pencetus Total football era 70an, german dan belanda kembali mencuri tumpuan. 
    Dicabar generasi emas sepanyol dan bekas Juara zaman tv hitam-putih URUGUAY.

    Tiada lagi 'one hit wonder' seperti pasukan Turki, Croatia, Bulgaria, Sweden dan ntah apa-apa lagi pasukan mengarut yang pernah mencuri satu slot tersebut lalu menjadi penonton di rumah pada edisi piala dunia berikutnya.

    4 yang terakhir adalah:

    • Germany turun dengan karekter sang juara.
      menyerapkan permainan Fizikal dengan counter attack pantas.
      Setelah menang besar menentang pasukan ternama seperti England dan Argentina, mereka muncul sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan kali ini
    • Belanda membawa corak permainan baru menggantikan total-football iaitu Boring football, mereka bermain dengan cara bosan supaya pihak lawan mereka mengantuk dan akhirnya pasukan lawan memasukkan bola ke dalam gawang sendiri.
    • Pencabar mereka pula adalah pasukan Sepanyol yang memiliki sejarah hebat di peringkat kelab , namun mereka bukan kuasa besar di peringkat negara. Penyokong kuat mereka mungkin terdiri dari mereka yg baru kenal bolasepak dalam jangka masa 4 tahun kerana sebelum itu sepanyol tak lebih dari pasukan tumpangan di piala dunia dengan cabaran bertaraf kondom pakai buang.
    • Dan pasukan paling mencuri tumpuan pada piala dunia kali ini pastilah Uruguay. Mereka adalah pasukan Tradisi Bolasepak yang agak lama tenggelam di peringkat Piala Dunia tapi sangat hartawan dalam rak koleksi kejuaraan. Mereka pernah menjuarai semua peringkat besar bolasepak, dari olimpik, piala dunia mahupun copa amerika yang dah dimenangi mereka berbelas-belas kali.



    SEMOGA AKAN ADA MOMENT HEBAT DALAM BAKI 4 PERLAWANAN TERAKHIR.
    TUNGGU DAN LIHAT