Friday, December 25, 2009

Woodstock '69

0

Kalau ada seekor jin afrit muncul tiba-tiba dari muncung lampu ajaib yang baru aku gosok. Memperlihatkan  wajah yang bengis di balik kepulan-kepulan asap hapak berbau kemenyan, menempelak dengan suara garau yang bergema-gema. Ternyata jin afrit itu tahu berbahasa malaysia :
" Sekarang saya adalah khadam tuan. Dan saya akan menunaikan satu permintaan .  Mintalah apa saja yang tuan suka "
Ok. pertama sekali aku tak suka berbertengkar. Maka aku takkan bertanya kepada jin afrit tu kenapa satu permintaan sahaja. Bukankah sepatutnya 3 seperti yang selalu aku baca dalam kisah seribu satu malam.
Dan kedua , aku akan cakap pada jin afrit tu.  "tolonglah, jangan panggil aku 'tuan'." Tak anarki langsung bunyinya.  No master , no slave la... please ..
Hanya pada fikiran jurus ke-tiga baru aku mula berfikir dengan cermat.
Apa yang aku nak minta dari jin afrit ni ?
Errr , adakah aku akan mengambil masa yang panjang untuk memikirkan satu permintaan penting dalam hidup ?
Hehehe, dah tentu tidak .... aku akan jeritkan sekuat hati supaya jin afrit tu tak salah dengar.
"Jangan berlengah lagi , wahai jin afrit.... bawak lah aku ke musim panas tahun 1969 di Woodstock. Bawaklah aku sekaranggg".
SEX,  DRUGS AND  ROCK N ROLL ..... baby.. oh yeahhhhhhh....!!!!!!
Apa yang aku nak buat di situ ? Di tengah-tengah karnival, 400 000 hippies yang penuh dengan warna bunga-bunga flower Power. Adakah kerana kondom dan dadah diedarkan secara percuma?
Yang pastinya aku tak berminat dengan  Acid, LSD dan marijuana. Dadah-dadah tu takkan membuatkan aku horny.  Tapi segerombolan awek-awek berambut Afro yang berlari terlanjang sepanjang jalan semestinya sangat mengujakan sekali.  :)


flyers original untuk karnival woodstock

Persembahan muzikal yang dihidangkan percuma 3 hari tanpa henti. Oh yeahhhhh . Lihatlah pada senarai kugiran. Mereka adalah yang artis-artis paling terkenal di dunia.

Friday, August 15

  • Richie Havens
  • Swami Satchidananda - gave the invocation for the festival
  • Sweetwater
  • The Incredible String Band
  • Bert Sommer
  • Tim Hardin
  • Ravi Shankar
  • Melanie
  • Arlo Guthrie
  • Joan Baez

Saturday, August 16

  • Quill, forty-minute set of four songs
  • Keef Hartley Band
  • Country Joe McDonald
  • John Sebastian
  • Santana
  • Canned Heat
  • Mountain
  • Grateful Dead
  • Creedence Clearwater Revival
  • Janis Joplin
  • Sly & the Family Stone
  • The Who began at 4 a.m., 
  • Jefferson Airplane

Sunday, August 17 to Monday, August 18

  • The Grease Band
  • Joe Cocker
  • Country Joe and the Fish
  • Ten Years After
  • The Band
  • Blood, Sweat & Tears
  • Johnny Winter featuring his brother, Edgar Winter
  • Crosby, Stills, Nash & Young
  • Paul Butterfield Blues Band
  • Sha-Na-Na
  • Jimi Hendrix
Apa yang aku nak buat dekat situ ?
O yeah!! , aku nak berbogel di sebelah kandang lembu sambil mendengar lagu country Creedence Clearwater Revival . Dan nak menyanyi kuat-kuat supaya suara aku bergandingan dengan bunyi guruh di langit.  Tiada siapa yang peduli dengan masalah cuaca di sini. Bila hujan datang mencurah . Kawasan ini akan menjadi padang lumpur yang lecak. Maka akan berlakulah satu lagi pesta. Halusinasi hippie-hippie LSD akan membuatkan berlari dan mengelunsur di permukaan tanah. Lelaki dan wanita.  Ya, dan semestinya berbogel.
Setiap malam , padang ragut yang hijau ini sentiasa bertukar hangat. Cinta ada di mana-mana. Di dalam khemah yang bergoyang. Di dalam van Volkswagon yang berbaris atau juga yang beratapkan langitraya . Make love not war.

Woodstock  sering diingat sebagai antara peristiwa penting dalam sejarah rock n' roll.
Semua artis yang beraksi pada persembahan 3 hari itu akan kekal menjadi lagenda yang immortal. Dan pada artis yang pernah menolak untuk membuat persembahan di tengah kawasan ladang lembu itu pasti menyesal selama-lamanya. Kerana Woodstock tak mungkin berlaku untuk kali kedua.

Mari dengar kisah artis-artis  kerana tak mengetahui bertapa besarnya Woodstock

  • The beatles menolak untuk membuat persembahan di Woodstock kerana John Lennon mahukan satu lagi slot untuk band isterinya Plastic ono band. No way , dude...  tak ada slot untuk band plastik. Woodstock untuk band Hippie je, poor you !! Kau pergilah layan band bini kau kat dalam bilik je
  • The Door pula tolak pelawaan sebab  menyangkakan Woodstock hanyalah festival pop gred dua . Sebenarnya merekalah yang kempunan untuk bermain di festival gred satu. Losers !!!
  • Led Zeppelin pula menolak sebab tak mahu jadi salah satu daripada band besar dalam festival tu... mungkin kerana mereka dah biasa menjadi satu-satunya nama besar dalam setiap siri konsert mereka. Lalu mereka habiskan masa menonton Elvis. Gimme a break will ya.... Hippies sedang mencipta sejarah dan kamu cuma habiskan masa tengok tarian ketar-ketar kaki yang ketinggalan zaman je ??
  • Jethro tull pula salah faham bila dijemput bermain didepan hippie, dadah dan lumpur . Mereka kata tidak. Sebab mereka tak true hippie. mereka cuma Posers !!!!
  • The Spirit pula menolak kerana ada jemputan showyang lain. Ya, mereka juga tak tahu apa yang mereka bazirkan. Satu peluang untuk berada di festival yang paling hebat .
  • Bob Dylan menarik diri kerana anaknya sakit.
  • The byrds pun di-invite ke sebuah festival muzik tanpa bayaran. Mereka kata "tidak, kami mahu berehat" . Dan mereka tak sedar pun yang mereka telah membuang tiket untuk berada di Woodstock . Festival muzik terhebat sepanjang zaman.
  • Tommy james and the Shondells juga mendapat jemputan semasa mereka bercuti di Hawaii. Pihak pengurusan mereka memberitahu yang mereka dijemput oleh seorang penternak babi untuk membuat persembahan di tengah ladang. Mereka menolak dan hanya berberapa hari selepas itu baru mereka sedar yang mereka telah melepaskan festival muzik paling hebat sepanjang zaman.

Sunday, October 4, 2009

Jika mimpi masa silam ku simpan dalam kaca jadi perhiasan - ELLA

0

Untuk menembus tembok masa silam., aku harus membakar api ingatan sampai rentung.

Biarpun terpaksa menuangkan cairan insulir ke dalam tekak.
Kemudian mengelupur berberapa minit persis kerasukkan setan.
Sebelum kehabisan energi lalu rebah ke lantai .... menderita pitam .

Lagu-lagu kesunyian bergelumang di segenap ruang.
Ku biarkan drama-drama berwarna polaroid berkumpul di kotak fikiran.
Berputaran silih berganti.
Dan suara-suara masa lampau terus rencam menjerit.

Aku bangkit perlahan-lahan..
Amnesia  telah merompak sebahagian besar memori .
Tapi aku masih di sini mengutip catatan-catatan hidup yang lama tercicir.






Ya! Aku memang pernah menjadi seorang anak kecil .
Comel dan riang.
Figura bocah yang menghadirkan perasaan geram untuk didukung.

Kadang-kadang rimas juga bila semua orang berebut-rebut nak dukung aku.
Terutama 4 orang kakak-kakak aku.
Atau 6-7 lagi jiran-jiran perempuan yang sebaya kakak aku.

Tapi bukanlah semua dukungan itu kosong tanpa tujuan.

Misalnya pada malam fun fair.
Malam pesta untuk gadis era awal 80an melepas rindu dengan sang kekasih pujaan hati.
Kakak aku sering minta kebenaran ibu untuk membawa aku ke sana , kononnya untuk behibur ...

Tak lebih dari sekadar helah untuk mereka keluar malam bertemu teman lelaki.
Cinta juga ada taktikal politik, pecah dan perintah .

Memang membosankan.
Walaupun kakak memegang tangan aku, tapi sebenarnya dia langsung tak menghiraukan aku.
Perhatiannya tertumpu 100% pada  lelaki hodoh yang jalan berdampingan dengannya.
Sedangkan aku lebih teruja pada stage kecil yang sedang hangat dengan bunyi rock n roll.

O yeah !! Aku kenal kugiran yang sedang beraksi tu.
Ella and The Boys.
Mereka selalu masuk URTV, tu sebab aku kenal.

Aku lepaskan tangan kakak aku.
Aku kata nak tengok Ella.
Dan dia pesan, jangan pergi jauh-jauh. nanti dia susah nak cari.

Menghala ke depan stage bukanlah tugas mudah.
Tubuh kecil aku terpaksa meredah lautan manusia.
Dan paling sukar sekali adalah melepasi  halangan para martyr mabuk yang sedang berjoget beruk.
Malam tu aku tercegat depan pentas sampai habis persembahan.
Bebola mataku bercahaya mengkagumi Ella.

Bila show dah habis, ada sekumpulan mamat-mamat selekeh yang kelelahan berjoget beruk menuju ke belakang stage.
Aku  ikut sekali.
Nak tengok kalau-kalau mereka nak sambung joget kat belakang stage pulak.

Rupa-rupanya tak.
Mereka semua sedang menggatal nak bersalam dengan Ella.
Puas bouncer tolak mereka pergi.
Padahal Ella buat tak tahu je sampailah saat dia ternampak kelibat aku.

Ella hulurkan dua belah tangan teruja nak dukung aku.
Maklumlah aku kan comel dan manja.
Cuma aku tak berani.
Takut sebab Ella tu artis. Muka dia selalu masuk TV.
Jadi ku terus lari cari kakak aku.

Cerita tu berlaku  mungkin lebih 20 tahun dulu.
Sekarang Ella dan tak bersama The Boys lagi.
Manakala aku telah membesar dan bertambah comel.

Cuma tinggal satu tanda tanya .....

Sekiranya Ella berjumpa aku sekarang ..
adakah dia masih menyimpan perasaan untuk mendukung aku ?



Wednesday, September 23, 2009

reuni muzikal di Temerloh

2

Aku tak pernah pun uruskan apa-apa acara pun dalam hidup.
Sebab itulah hidup aku tak terurus.

Inilah kali pertama aku organize satu jamming session yang agenda utamanya
adalah untuk menghimpunkan band-band sekampung.
Selain dapat berkumpul di hari raya, reuni seperti ini dapat merapatkan generasi lama dengan generasi baru.

Secara kronologinya kisah malam itu bermula dengan persembahan Paradive.



Paradive main awal sebab mereka datang awal.
Tapi sayangnya crowd yang ada pun cuma ada berberapa puntung je.
Sepatutnya inilah peluang nak tengok aksi band lama.

Sesuai dengan tamatnya persembahan Paradive,
semua ahli Rootstock Love pula
datang menghadirkan diri sambil mengibas-ngibaskan rambut dreadlock mereka.



Kali ini segenap ruang studio mula terpesona dengan perasaan cinta dan irama raggae.
"oh man, you're the rhythm of me heart"


Sesudah disuntik dengan tenaga ekstra dari Paradive dan membuai perasaan bersama rootstock love
persembahan diteruskan dengan The Grass yang membawa  semangat.


The Grass turut mengundang sessionist mereka Ahmad Pino ( bekas gitaris black flag)


dan undangan mereka seterusnya adalah Ttine ( KaumDemokerat )




Crowd dah semakin ramai semasa giliran STP pula untuk menghiburkan.
Seronok juga dengar lagu the bollocks ... dah lama tak dengar malapetaka.

Dan persembahan seterusnya adalah soul savior.
disebabkan aku yang main sekali maka aku takleh komen lebih.
Tapi bebudak ni kata kitorng main terukk...

Soul Savior featuring Alan Cricko
cuba bermain dengan baik walaupun mereka taklah radikal
sangat seperti yang diuar-uarkan......





Dan penutup sessi jamming tahunan kami kali ini adalah BDK .
Dengan seleksi lagu-lagu cover dari Bad Religion dan Carburetor dung.
Suasana mula menjadi hidup.
crowd mula menggila dan berpogo dalam studio yang sempit.













Owner studio siap cakap pada aku.. "Tak sangka ramai betul orang yang datang".
Lain kali boleh buat gigs pulak.
Yep , mungkin itu projek akan datang.





Walaupun ada band-band yang tak jadi main sebab band member tak cukup,
tapi aku tetap menganggap jamming session reunion ini berjaya sebab kebanjiran supporters.






Ku khabarkan berita pada Rock n Roll.......... masih ada sinar harapan di Temerloh.
terima kasih pada semua......... jumpa lagi tahun hadapan.


(credit kepada ayer diatas kesudiannya menangkap semua gambar)

Saturday, September 19, 2009

Masih segar di ingatan ..........

0

Masih segar di ingatan ...........
Sewaktu D.I.Y  mengecapi zaman kegemilangannya.
Suasana begitu segar dan muzik menjadi lebih dari sekadar hiburan.

Masih segar di ingatan ..........
Sewaktu komuniti bawah tanah ini diusahakan secara primitif.
Tanpa Master dan tanpa hamba.
Namun kita semua rasa terhibur dengan cara kita sendiri.

Masih segar di ingatan ..........
Zine-zine dari kertas fotostat bersaiz A4 dilipat dua,
Irama rock n roll yang bertempur dahsyat dengan bunyi angin dalam kaset-kaset dubbing.
serta siri gigs-gigs amatur yang tonggang-langgang berbau anarki.
Peliknya jiwa kita tetap rasa terhibur dan pada wajah-wajah kita terpancar perasaan puas.

Masih segar di ingatan .........
Teriakan halilintar suara ibu menerjah keras kerana kaset-kaset ceramah Pas kesayangannya bertukar menjadi lagu-lagu Propagandhi dan Los Crudos.
Itu semua kerja adik aku yang bongok dan tak bermoral.
Yang tak pasal-pasal akan membabitkan aku ke dalam kancah perang saudara.


Masih segar di ingatan ..........
Teknologi dan kemodenan mengembleng tenaga dengan iblis untuk menjatuhkan kita.
Raksasa bernama MP3 telah bermaharajalela membinasakan kaset-kaset dubbing kebanggaan kita.
Rangkaian maklumat di internet menamatkan penulisan zine yang sebelum ini menjadi sumber informasi utama.
itu cerita lain .. dan hanya sebahagian dari keseluruhan cerita






Hari ini kita semakin jauh meninggalkan kenangan-kenangan tersebut.

Tapi kenangan itu datang kembali.
Tahun lepas, satu text ringkas mengalir ke dalam handphone milik aku.
Ada pesanan dari salman, " anek ajak Jamming  pukul 8 malam"

Tak seperti yang aku sangka,
jamming pada malam itu bagaikan satu reunion.
Semua mereka yang bercuti raya dijemput untuk bersama-sama.
Lebih separuh dari mereka yang pernah bersama-sama memeriahkan Scene kecil Temerloh kembali bersatu bawah satu bumbung.
menyanyi, menari, menjerit, berpogo, berphotoshooting, bertanya khabar, berkongsi rasa. berbagi cerita.

Dan memang tak dapat dinafikan, kami semua pernah berkongsi cita-cita dan impian.
Sesekali berkumpul dapat menyegarkan kembali api ingatan pada masa silam.


TRIBUTE TO ASERAN  ( volume 1)


Hardkoi, antara zine  terawal di temerloh.
brader pakai jaket tu editornye



Muka laa dan muka baru



2 orang gvar kachar




Acara kegemaran ... makan2 dan borak-borak kosong ....

second edition jamming session akan diteruskan pada hari raya ke-3 tahun ni .... get ready boys

Sunday, September 13, 2009

Pernahkah kau tercium keharumannya

2





ABS dan SMKT, sentiasa menjadi landmark di Temerloh.

Kedua-duanya terletak sebelah-menyebelah tinggi di atas bukit yang berkabus.
Sekali kau mendongak dari bawah, fikiran kau terusik .......

Kedua-dua sekolah itu tak ubah seperti dua biji Ceri berwarna merah di atas kek coklat yang bertingkat-tingkat.

Selalunya kau lupa mengira jumlah tingkat pada kek,
tapi kau takkan lupa tentang dua biji ceri berwarna merah di atasnya.

Permandangan dari atas bukit,
~kawasan larangan~

Setiap inci wilayah itu dipagar rapi mirip kota Berlin tahun 80an.

Namun di balik jaring besi setinggi 6 kaki itu masih dapat melihat dengan jelas keadaan jalanraya.
Setiap pagi nampak sibuk dengan anak-anak berpakaian seragam.
Berpusu-pusu.
Berlumba-lumba cuba mendahului loceng sekolah.

Dan diantara mereka, ada juga yang pelajar-pelajar lelaki nakal yang tak suka berlumba.
Mereka masih lagi menghirup asap rokok dan bersembang topik-topik orang dewasa.

Mereka tidak pernah mengendahkan mata-mata liar yang sedang mengawasi mereka dari atas bukit. Guru disiplin pencemburu yang tak pernah letih memusuhi mereka.

KRINGGGGGGGGG!!!!

Petunjuk yang buruk. Loceng berdering.
Tanda AWAS bernyala menanti mereka.

Sekumpulan pelajar ditahan di depan pintu gerbang sekolah.
Tersangka melanggar peraturan sekolah. Menghisap rokok.
Tiada satu pun yang mengaku.

Guru disiplin tak berpuas hati.
Dia sudah melihat dengan mata kepala sendiri.

Dipegangnya tangan seorang pelajar dan diciumnya.
Jelas bau tembakau masih pekat melekat dicelah jari-jemari pelajar malang itu.
Satu penampar dihadiahkan serta merta.

Dicuba untuk pelajar kedua.
Jawapan yang sama, bau yang sama dan hukuman yang sama.
Proses berjalan serupa untuk pelajar yang seterusnya.

Hanya untuk pelajar ke lima saja proses terencat.

Muka guru disiplin berubah warna sebaik sahaja tercium tangan Din Afro.
Memang ada keanehan

Muka Din Afro dilempang bertubi-tubi.
Lebih 20 kali.

Guru disiplin tak sedar sewaktu dia sibuk memeriksa tangan pelajar tadi, Din Afro sempat memasukkan jari ke dalam lubang juburnya sendiri.

Walaupun dilempang banyak kali, Din Afro tyersenyum puas.
Hari itu guru disiplin telah dengan rasminya menjadi orang pertama mencium bau juburnya.

/// Itulah pengajaran paling bermoral.
Hippies sentiasa menentang undang-undang dengan cara tersendiri.
Dahsyat dan berinovatif.



Saturday, September 12, 2009

menelanjangkan sebuah revolusi

0



Aku sudah tinggalkan dunia blog dan sengaja aku biarkan ia kecewa dan kesepian .

Rasa tak selamat.
Ada periskop-periskop fasis sedang mengintai-intai dari permukaan lautan.
Berselindung di sebalik kocakan ombak, Aku dah naik muak.

Tak ada kebebasan langsung.


Satu entri lama tentang rejimen yang tiba-tiba jadi entri hangat..

Dulu, memang tak pernah dipedulikan sesiapapun.


Sehinggalah kanak-kanak parlimen mencium blog tulisan bekas pejuang komunis dari selatan Siam tak lama dulu.

commy-phobia kembali menggegar.


Pemikir tengit !!




Dunia blog kembali dihantui.


" Delete semua link ke blog berbau leftish sekarang.

Awas gerak langkahmu whoa ohh!" kata seorang teman dalam nada KRU.


Sama macam aku, dia juga seorang peminat sejarah 'gelap'.

Sejarah gelap yang cuba dihapuskan dalam buku sejarah.


Kebanjiran pelawat datang menziarahi entri tentang regimen buat jiwa aku jadi kebah.

Disusuli komen-komen pelik dari user-user yang aneh pula.

Rasa paranoidku semakin parah.

2-3 ratus pengunjung sehari untuk satu entri ?


Aku delete post-post regimen tu.

Uh !! aku tak berminat mahu jadi blogger popular.

Mereka ni semua datang dari mana ??


Aku bukan blogger profesional.

Aku senang berada dalam skala duniaku yang kecil.

Menjawab 6-7 komen dari kawan-kawan yang aku kenal.


Aku jadi trauma.

Mungkin pancingan dari pihak musuh.


"Awas gerak langkah mu whoa ohh!!"

kali ini aku menyahut seruan dari teman seperjuangan ku.

Yep, juga dalam nada KRU.

:)



topic:

nampak di fikiran namun tak bisa disentuh dengan tangan.

lebih besar dari cekrawala namun boleh menjadi sesempit penjara

semua manusia mempunyainya dalam kondisi yg berbeza-beza.

namun kadang-kadang menyatu.

itulah imaginasi yang merungkai cawat manusia nomad sebelum berubah menjadi trousers dan jeans .....

sebelum imaginasi membawa mereka kembali memaki cawat yang dibuat dari 100% kain kapas yang mereka gelar BOXER.

b2evolution


Monday, February 16, 2009

Temerloh Seharum Syurga

2

Sekiranya kamu semua lekapkan telinga rapat ke tanah, Kamu semua akan terdengar secebis bunyian dari syurga.

Bunyi yang dimaksudkan itu hampir sama dengan bunyi air sungai yang mengalir.

Aku tak tahu sekiranya ia berlaku serupa kepada kamu yang berada di luar daerah kami, tapi di Temerloh, arus Sungai Pahang itu, mengalir terus ke dalam darah kami. Sebagai warganya, aku bangga lahir di sini.

Walaupun Temerloh masih lagi berbau desa dan bukan pula lokasi tumpuan para pelancong. Jadi, kepada sesiapa yang dengan secara tak sengaja telah 'tersinggah' di sini, maka ada baiknya pergi ke Esplanade terlebih dahulu sebelum balik. Alami sendiri keindahan Kuala Semantan.

Minggu lepas, kawan-kawan datang dari Kuala Lumpur , walaupun membesar di Temerloh, tapi mereka dah lama tak balik. Setelah dibawa ke Esplanade, ramai yang terkejut. Temerloh semakin mempesonakan.

Seorang kawan ikhlas membuat kenyataan yang dia tak pernah naik bot. Aku memang tak bagi peluang. Aku terus memperlekehkan status dia sebagai anak Temerloh.

"Kau belum pernah naik bot selama kau tinggal di Temerloh ni?"

Aku soal dia, sebenarnya aku pun tak pernah naik. Saja keluarkan soalan macam tu biar dia rendah diri.

"Kau tahu, kalau kita berada di atas bot tu, getaran enjinnya akan buat jantung kita rasa mengelegak" Aku siap reka-reka cerita lagi pasal kehebatan naik bot yang aku pun belum pernah naik tu. :lol:

Kami akhirnya bersetuju, sewa bot cuma RM20 , kami meluncur laju di permukaan sungai. Sebagai orang Temerloh, aku tak tahu langsung betapa cantiknya sungai Pahang pada waktu petang. Kilauan cahaya yang bermanik-manik seperti tasbih itu bagaikan boleh disentuh dengan jari.

Dan paling aku tak tahu, pada tiang kaki jambatan patah ada terconteng perkataan XPDC. Ramai orang tak tahu. Sesekali pergi esplanade bolehlah cuba sendiri pengalamannya. Dan jangan lupa bawa kamera.



n651687585_2100481_8747
Hanya orang buta huruf sahaja yang tak dapat melihat keangungan tulisan Temerloh.


Sunday, January 4, 2009

Menyemai benih periuk api di dipergunungan Zion

0

439432104_880ff00fba_m

Taburan salji musim sejuk menyelimutkan Badapest dengan Kedinginan dan kesunyian. Di malam-malam menggigit yang seperti ini , lazimnya manusia sedang nyenyak tidur atau mungkin juga mereka sedang asyik dengan aktiviti mengawan.

Pondok-pondok kediaman manusia di Budapest nampak gelap kecuali beberapa jendela yang masih diterangi cahaya lilin. Di antara yang masih terang itu adalah rumah yang didiami oleh keluarga Theo Herzl, Seorang penulis skrip drama matinee yang tak berbakat.

Dia suka sekali mengisi idea-idea radikal terrorisnya ke dalam drama-drama tulisannya yang diselang-selikan dengan aksi lucah hubungan kelamin di antara keldai dengan manusia. Idea yang sememangnya kurang mendapat sambutan warga kota.

Dan pada malam-malam yang sepi seperti itu, Theo suka berfantasi sambil mencari ilham. Ya! pastinya Imaginasi liar.Dan pada malam itu juga, semakin jauh lamunan seks tanpa batasan ke atas haiwan dijelajahinya.

Sehingga satu tahap , dia telah sampai ke peringkat tertinggi. Lantas dia cuba mengejutkan isterinya Julie yang sudah terlelap dibuai mimpi.
Ditarik-tarik lengan isterinya itu sambil berkata: "Julie! Julie! cuba kau bangun. Cuba kau berikan pendapat tentang ilhamku terbaru ini "

"Apa dia ?" bentak isterinya agak kasar setelah mimpinya diganggu.

"Aku mempunyai idea tentang plot untuk drama terbaru. Dan aku ingin sekali berkongsi denganmu." pujuk Theo yang memang terkenal sebagai seorang lelaki degil dan tak suka berputus asa.

" ya, ceritakan saja. Aku sedang dengar." kata Julie yang masih enggan membuka matanya.

Theo menghempaskan tubuhnya ke atas ranjang. Dia baring disisi isterinya tanpa membuang masa untuk bercerita.

" Aku sudah tahu di mana kesilapan aku. Tentang hubungan kelamin di antara keldai dengan manusia yang tidak mendapat sambutan dari masyarakat Romania ini kerana mereka terlalu jahil. Aku telah memikirkan penyelesaian tersendiri"

" Ahh ! Kau tak perlu kejutkan aku sekadar untuk beritahu watak keldai itu perlu ditukar dengan kambing biri-biri" Rungut isterinya.

"Tidak Julie, Bukan itu yang aku maksudkan. Idea keldai itu sememangnya hebat.Aku tak meragukan tentang itu. Belum terfikir oleh sesiapa pun di Romania ini. Juga tidak di seluruh Eropah. Cuma sahaja , aku mahu membawa drama ini keluar dari tempurung. Aku juga telah memilih tempatnya,"

"Di mana ?" tanya isterinya dalam keadaah acuh tak acuh.

"Di bukit Zion. Tanah yang dijanjikan untuk insan terpilih. Pasti kau pernah mendengarnya di mana-mana. "
"Kitalah bangsa pilihan itu, Hatta dalam lagu-lagu Polka tradisional juga ada menjelaskannya. " Theo terus bercerita dengan penuh semangat ultra-nasionalisnya tanpa menyedari yang isterinya sudah kembali terlelap meninggalkan dia sendirian dengan fantasi sesatnya.

" Lihat di luar sana , orang-orang Eropah semakin mimijak kepala bangsa kita. Mereka menghina kita kerana mundur ,miskin dan tidak suka gogok gigi. " Theo terus berleter sepanjang malam.

Imaginasinya telah mencapai tahap makrifat sehingga dia telah mempunyai teman berbicara yang tidak menyedarinya. Teman bicaranya itu bukanlah orang lain , tetapi adalah saudara sedarahnya sendiri iaitu Iblis.

Dalam perbualan hangat antara Theo dengan Iblis itu , Theo mendapat banyak sekali pandangan baru.

" Kedengarannya orang yahudi yang kelaparan dan kesejukkan sudah beransur sedikit demi sedikit ke negeri Palestina. Mereka menjadi gembala kambing biri-biri dan bercucuk tanam di sana. Sekiranya karya zoologiseksual turut gagal meraih sambutan , ada baiknya aku tinggal di sana menjadi penternak kambing biri-biri." Theo mengutarakan pendapat serampang dua matanya.

Tetapi disangkal oleh Iblis.

" Di Palestina itu , tanahnya berbeza sekali. Ada baiknya kau tidak terfikir untuk menternak kambing biri-biri seperti yahudi pelarian disana. lagi bagus kau menternak senjata ? Atau bercucuk tanam periuk api ? Kalau pembiakan senjata itu lumayan, Kau boleh membesarkan ladangmu dengan menternak kereta kebal."

Theo terdiam kerana ketololannya tak mungkin mencapai tahap pemikiran seperti itu. Lama dia terdiam memikir.

" Bagaimana pula caranya mendapatkan modal bagi merealisasikan impian seperti itu? Aku tak mahu lagi mengikis harta Julie. Aku mahu merealisasikannya dengan kudratku sendiri." Kali ini suara Theo dalam intonasi yang jauh lebih serius.

" Kau ada banyak cara. Tapi yang terbaik dapat aku sarankan adalah dengan berniaga candu. Kau hanya perlu meyakinkan pelangganmu dalam masa 1 atau 2 minggu. Bila mereka telah ketagihan, kau tak perlu lagi mempromosikannya. Mereka akan datang sendiri mencari kamu." Saranan Iblis itu sangat tepat tiada cacat celanya pada pendengaran Theo.

Sepanjang malam itu, Theo telah menulis secara terperinci idea-idea Iblis itu ke dalam buku catatannya. Apa yang kurang ditambahkan dan begitulah juga sebaliknya. Dia semakin meminggirkan idea tentang drama zoologiseksual yang tak menguntungkan dan hanya serius dengan ilham Iblis tentang penternakkan senjata secara besar-besaran di Palestina.

hgg