Sunday, September 13, 2009

Pernahkah kau tercium keharumannya






ABS dan SMKT, sentiasa menjadi landmark di Temerloh.

Kedua-duanya terletak sebelah-menyebelah tinggi di atas bukit yang berkabus.
Sekali kau mendongak dari bawah, fikiran kau terusik .......

Kedua-dua sekolah itu tak ubah seperti dua biji Ceri berwarna merah di atas kek coklat yang bertingkat-tingkat.

Selalunya kau lupa mengira jumlah tingkat pada kek,
tapi kau takkan lupa tentang dua biji ceri berwarna merah di atasnya.

Permandangan dari atas bukit,
~kawasan larangan~

Setiap inci wilayah itu dipagar rapi mirip kota Berlin tahun 80an.

Namun di balik jaring besi setinggi 6 kaki itu masih dapat melihat dengan jelas keadaan jalanraya.
Setiap pagi nampak sibuk dengan anak-anak berpakaian seragam.
Berpusu-pusu.
Berlumba-lumba cuba mendahului loceng sekolah.

Dan diantara mereka, ada juga yang pelajar-pelajar lelaki nakal yang tak suka berlumba.
Mereka masih lagi menghirup asap rokok dan bersembang topik-topik orang dewasa.

Mereka tidak pernah mengendahkan mata-mata liar yang sedang mengawasi mereka dari atas bukit. Guru disiplin pencemburu yang tak pernah letih memusuhi mereka.

KRINGGGGGGGGG!!!!

Petunjuk yang buruk. Loceng berdering.
Tanda AWAS bernyala menanti mereka.

Sekumpulan pelajar ditahan di depan pintu gerbang sekolah.
Tersangka melanggar peraturan sekolah. Menghisap rokok.
Tiada satu pun yang mengaku.

Guru disiplin tak berpuas hati.
Dia sudah melihat dengan mata kepala sendiri.

Dipegangnya tangan seorang pelajar dan diciumnya.
Jelas bau tembakau masih pekat melekat dicelah jari-jemari pelajar malang itu.
Satu penampar dihadiahkan serta merta.

Dicuba untuk pelajar kedua.
Jawapan yang sama, bau yang sama dan hukuman yang sama.
Proses berjalan serupa untuk pelajar yang seterusnya.

Hanya untuk pelajar ke lima saja proses terencat.

Muka guru disiplin berubah warna sebaik sahaja tercium tangan Din Afro.
Memang ada keanehan

Muka Din Afro dilempang bertubi-tubi.
Lebih 20 kali.

Guru disiplin tak sedar sewaktu dia sibuk memeriksa tangan pelajar tadi, Din Afro sempat memasukkan jari ke dalam lubang juburnya sendiri.

Walaupun dilempang banyak kali, Din Afro tyersenyum puas.
Hari itu guru disiplin telah dengan rasminya menjadi orang pertama mencium bau juburnya.

/// Itulah pengajaran paling bermoral.
Hippies sentiasa menentang undang-undang dengan cara tersendiri.
Dahsyat dan berinovatif.



2 comments:

  1. hahaha taktik ni kemudiannya telah diperturunkan kepada generasi seterusnya. dgr cerita, dah takde cikgu yg waras sanggup menguji bau dgn hidung sendiri

    ReplyDelete
  2. dah ramai cikgu yang insaf ....
    (:

    ReplyDelete