Friday, June 18, 2010

moment-moment keajaiban di Afrika pusingan 1




Seperti kejohanan lalu, Arika Selatan juga tak terlepas dengan pelbagai sensasi,
kontroversi, keajaiban dan kejutan.
Maka aku akan cuba mengulas tentang kejohanan ini dari kacamata aku sendiri.


1) Robert Green

Populariti penjaga gol England ini mula naik mendadak akibat kebodohannya yang luarbiasa.
ketika Argentina berbangga dengan insiden 'Tangan tuhan' ciptaan maradona,
nama Green pula akan dikenang dalam insiden 'Tangan Keldai'
Rembatan bola tak berbahaya yang bergerak dalam kelajuan 2 kilometer sejam telah ditepis masuk ke gawang sendiri.

" Saya meminta maaf kepada para penyokong,
saya cuma mahu membuat bola Shaolin Soccer.
Sepatutnya bola itu berputar menjadi puting beliung bentuk Ying Yang.
Saya betul-betul tak sangka teknik ini memakan diri sendiri."
Ujar Green kepada pihak Media dan berjanji untuk melakukannya lagi.





2) Pemain terbaik

Meskipun belum menjaringkan gol, tapi kelibat Lionel Messi sangat mengkagumkan.
Di tengah padang, dia diibaratkan seperti ikan lumba-lumba yang lumba berenang dengan ikan bilis.

Tatkala C Ronaldo masih belum menunjukkan skil tendangan api seperti dalam iklan minyak rambut, dan Rooney pula masih tenggelam dibuai bunyi vuvuzela,
Messi ternyata satu-satunya pemain terbaik yang ada di bumi afrika kali ini.
Kelincahan Messi mengelecek 7-8 pemain lawan membuatkan pemain argentina lain bebas tanpa kawalan





3) jaringan terbaik

Maicon yang entah datang dari celah-celah pemain Korea Utara meledakkan rebatan dari sudut sempit.
Hampir sukar dipercayai dia mampu menjaringkan gol dalam keadaan seperti itu.
Dalam angle semakin tertutup, dia masih mampu meletakkan bola ke dalam gol.

jaringan ajaib ini mengingatkan aku pada jaringan Roberto carlos dan Marco van Basten.:
http://www.youtube.com/watch?v=dwRYYeEk5Eg
http://www.youtube.com/watch?v=rDMGe2hCrZ0
Semoga akan ada gol yang lebih hebat dalam perlawanan2 yang akan datang. Yeahh ..






4) Pasukan Terbaik

Germany mula menarik perhatian lampu-lampu spotlight .
Meledakkan 4 gol menentang pasukan kangaroo dengan gaya permainan sang juara.

Gaya permainan mereka hampir sempurna,
serangan udara, serangan darat, serangan laut.. semuanya sempurna..
Mereka kuat, santai dan bergaya.
Pasti banyak pasukan cuba mengelak dari bertembung dengan pasukan Germany selepas ini.
Podolski dan Klose sedang bermesra-mesraan




5) Pasukan tercorot

Sukar dipastikan pasukan ini dibarisi oleh metador ataupun lembu penyondol.
Mereka menguasai hampir keseluruhan permainan. Mereka mencipta peluang.
mereka mengelecek penuh bergaya.
Namun permainan bolasepak bukan diukur dengan gaya.
Pemenang dikira dari jumlah gol yang dijaringkan.

Lebih banyak sesebuah pasukan itu menyerang, maka lebih longgarlah benteng pertahanan mereka.
Itu hukum bola sepak.
Menyerang bertali arus tanpa menghasilkan gol samalah seperti menempah maut.

Sekiranya Spain masih kekal dengan mentaliti sama, pasukan ini disarankan masuk sukan gimnastik berirama... terutama acara lambung-lambung bola.
Itulah satu-satunya Pertandingan yang mengiiktiraf persembahan cantik mengawal bola.

Puyol hanya berjalan Beruk sedangkan pique dan casilas hanya duduk bersantai ketika pemain switzerland menyelinap masuk membuat jaringan

0 comments:

Post a Comment