Monday, March 12, 2012

T-SHIRT SAKTI YANG MAMPU SELAMATKAN DUNIA

0

Dunia semakin sepi, kejahatan semakin berleluasa. Sebahagian manusia sibuk bermain facebook dan sebahagian lagi sibuk bermain twitter. Tidak semena-mena, muncul sebuah video ajaib yang menyentap perasaan seluruh warga alam siber. Dalam sekelip mata sahaja, cita-cita mat dan minah siber berubah untuk bersama-sama menyelamatkan dunia.
Video berjudul #STOPKONY memang mengkagumkan. Apatah lagi dengan lakonan-lakonan mantap dan plot cerita yang menggugat fikiran. Dan lebih mengkagumkan, mereka telah menemukan jalan paling mudah untuk menyelamatkan dunia, iaitu dengan cara memakai baju yang tertera nama KONY. Memakai bracelet (sejenis gelang tertulis nama mirip jemaah haji) dan menampal poster yang berwarna-warni.
PERSOALANNYA :
MENGAPA RAMAI YG TAK TERFIKIR BAHAWA DUNIA BOLEH DISELAMATKAN MELALUI AKTIVITI SESAME STREET ??
70,942,020 penonton di youtube
16,000,000 penonton di vimeo
Dengan pencapaian menakjubkan, 3 hari trending topic di twitter.
Dan bersepah-sepahlagi  pos di Facebook. Aktivis #StopKony adalah yang pertama dalam meraih populariti diluar dugaan mengalahkan populariti youtube najwa latif dan Yuna.
Siapakah Joseph Kony?
Ini adalah pokok persoalan kepada masalah ini. Dia adalah punca.
Menurut apa yang disampaikan dalam video #StopKony, maka Joseph Kony adalah seorang ketua pemberontak  LRA di Uganda. Seorang barbaric berhati perut busuk, suka menculik  kanak-kanak dan jadikan tentera dia sendiri, suka merogol dan membunuh orang kampung. DALAM ERTI KATA LAINNYA , JOSEPH KONY MEMANG PATUT DITANGKAP DAN DIHUKUM SULA DENGAN OBOR YANG APINYA BERNYALA.
Siapakah INVISIBLE CHILDREN ?
Nah , mereka ni sekumpulan remaja film maker dari USA yang pernah melawat Uganda. Mereka dah ‘berjuang’ selama 8 tahun dalam mempromosikan Joseph Kony ke mata dunia. Dan cuba membongkar kejahatan Joseph Kony yang menurut mereka mempunyai 30,000 askar kanak2.Sehinggalah nama Invisible Children meletup ke carta greatest hits 2 minggu lepas bersandarkan video klip #StopKony yang dijaja mereka. (sebenarnya ada banyak lagi video yg mereka hasilkan sepanjang 8 tahun tu)
PENYELESAIAN Yang GENIUS ….
~ Menurut INVISIBLE CHILDREN, Joseph Kony gagal ditangkap oleh kerajaan Uganda disebabkan kekurangan teknologi ketenteraan. Maka apa yang diusahakan oleh mereka adalah menjual box-set ( yg didalamnya ada t-shirt, bracelet, dan poster) yang mana hasil jualan tersebut akan dihantarkan ke kerajaan Uganda untuk tingkatkan lagi ketenteraan mereka.
Mari beli box-set dan selamatkan dunia…..
i. Peragakan baju yang tertera nama Joseph Kony dimana saja anda berada  kerana cara tersebut dipercayai akan membuatkan Joseph Kony lemah dan akhirnya mati tersiksa di tengah2 hutan Afrika.
ii. Pakaikan Bracelet yang tertera nama seorang penjenayah pada pergelanggan tangan kita akan membawa kekuatan Psikik dan menggagalkan niat jahat Joseph Kony secara voodoo.
iii. Tampal poster Joseph Kony di serata jalan di amerika akan membuatkan dia merasa tak selamat sedangkan semua orang tahu dia berada nun jauh di tengah hutan Sudan.
i, ii, iii … kesemua jalan yang dipilih mereka adalah bertujuan untuk membuatkan Joseph Kony popular sebagai penjenayah perang.
Baiklah , kenapa kita mesti buat kerja amal sesame street untuk jadikan dia popular? Apa relevannya ?
Dah berapa kes penjenayah hutan Afrika yg telah diselesaikan dengan mekanisma mempopularkan penjenayah ?
Kenapa INVISIBLE CHILDREN tak menukar taktik dengan meminta semua follower mereka menggunakan DP facebook gambar Joseph Kony kalau benar popularity akan membuatkan penjenayah kejam itu mati eksiden dikejar paparazi?
OK , guna DP facebook takkan menjana wang USD30 kepada kempen mereka.
Kenapa kempen menyelamatkan dunia juga menerima kritikan?
Bukankah ianya amalan baik lagi menyihatkan?
Nah… lebih 20 tahun jenayah brutal Joseph Kony dipandang sepi oleh masyarakat antarabangsa kerana tumpuan biasanya ke arah krisis negara-negara Arab Timur tengah. Namun penemuan minyak di Uganda mungkin menukar prospek menjadikan mereka sekuel timur tengah seterusnya. Dalam sekelip mata nama Uganda menjadi trend di twitter membuatkan negara-negara tak terkenal seperti Bhutan dan Djibouti menjadi cemburu.
Kita sedang bercerita tentang keuntungan USD2 billion setahun.
Populariti sekelip mata itu diraih dengan bantuan laman2 sosial amerika iaitu INVISIBLE CHILDREN. Sebuah organisasi NON-PROFIT yang financialsnya tahun 2011 saja mencecah $8,676,614.
CHECK SINI  http://www2.invisiblechildren.com/financials
Yang mana hanya 30% dari jumlah tersebut disalurkan ke Uganda manakala selebihnya untuk pembiayaan staff.
INGAT SEMULA MATLAMAT INVISIBLE CHILDREN :
  1. Memperkenalkan Joseph Kony dan jenayahnya kepada dunia.
  2. Membantu meningkatkan teknologi tentera uganda bagi memudahkan usaha mereka menangkap Joseph Kony
  3. Meminta bantuan USA dalam mempertingkatkan kecekapan tentera Uganda

Menurut Angelo Izama  pemenang award Writer, Journalist, Analyst and Researcher yang tinggal di Kampala, Uganda:
Jika sebelum 6 tahun lepas, memang Nama Joseph kony menimbulkan kengerian yang brutal. Tapi sekarang namanya tak lagi menimbulkan kebimbangan. sebaliknya masalah terbesar yang banyak meragut nyawa di Uganda sekarang adalah penyakit misteri “nodding desease” :
Sebenarnya semua orang Uganda tahu, sudah 6 tahun Joseph Kony bersembunyi seperti tikus di dalam hutan. 30,000 askar yang digembar-gemburkan cuma mitos kerana pengikut setianya yang sanggup berlaparan dalam hutan Afrika tu cuma sekitar 250 orang.
Berberapa usaha cuba membawa dia ke meja rundingan, tetapi Kony meletakkan syarat meminta bantuan makanan jika mahu berunding. sekalipun bekalan makanan sudah dihantar namun dia tak juga tampil membuat rundingan.
Oleh kerana status Joseph Kony sendiri yang tak pernah dilihat itu menimbulkan persoalan sama ada beliau masih hidup atau sudah mati. sekiranya sudah mati, maka kempen memburu KOny ini akan menjadi kempen Paling Syirik dalam sejaran internet. Buat julung-julung kalinya, seluruh dunia menderma wang besar-besaran untuk menangkap mayat.
Turut menimbulkan tanda tanya , kenapa mesti meningkatkan ketenteraan Uganda, padahal Joseph Kony sudah 6 tahun melarikan diri ke belantara negara Sudan ? ianya seperti upgrade ketenteraan indonesia padahal memburu penjenayah yang diketahui berada di fiilipina. Kan itu kedengaran aneh ?
dan yang paling membimbangkan askar Uganda yang cuba ditingkatkan teknologinya itu sendiri terkenal korupsi dan sering melanggar hak asasi manusia.
Dan akhir sekali, kenapa mesti tentera amerika sentiasa wujud di tengah-tengah semua negara2 minyak yang sedang dalam krisis?
Zaman propaganda melalui CNN dan BBC sudah berlalu, amerika sedang cuba mengawal pemikiran global menggunakan laman sosial yang semakin meluas penggunaannya oleh generasi Y.
Jika ketulusan dalam memperjuangkan keadilan tidak mempunyai agenda tersembunyi, kita akan sentiasa menyokong.adalah satu kemenangan besar kepada umat manusia bila penjenayah kejam seperti Joseph Kony dihukum atas segala kesalahan yg pernah dilakukannnya.Tapi adalah sesuatu yang tak adil sekiranya keperihatinan jagat manusia diperalatkan bagi kepentingan sendiri,organisasi mahupun kekuatan sesebuah empayar penakluk.

Friday, August 19, 2011

30 perkara yang dapat dipelajari dari filem PORNO

0


  1. Perempuan selalu masuk bilik tidur pakai kasut tumit tinggi
  2. Lelaki sentiasa tegang dan bersedia
  3. bertahan 10 saat pun dah kira nikmat
  4. Jika perempuan terkantoi masturbasi oleh mana-mana lelaki, dia takkan menjerit atau malu, sebaliknya akan mengajak lelaki tu melakukan hubungan seks dengan dia.
  5. Perempuan akan sentiasa tersenyum penuh penghargaan bila lelaki menyemburkan muka mereka dengan sperma
  6. Perempuan merasa sangat nikmat melakukan hubungan seks dengan lelaki hodoh pertengahan umur
  7. Perempuan akan menjerit luar kawalan semasa melakukan blowjob
  8. Perempuan selalu mencapai orgasm serentak dengan pasangan lelaki
  9. blowjob dapat menyelamatkan wanita daripada disaman untuk kesalahan memandu
  10. Semua perempuan akan menjerit bising semasa melakukan hubungan seks
  11. orang-orang dari zaman 70an takkan melakukan hubungan seks tanpa berlatarbelakangkan petikan gitar solo yang dahsyat
  12. aksi paling kerap dan paling mengghairahkan adalah lelaki suka melibaskan penis setengah ereksinya ke buntut perempuan
  13. Semua lelaki akan jerit OH YEAH semasa pancut
  14. melakukan seks dengan dua lelaki yang saling high five sesama sendiri takkan membuatkan wanita berasa kecil hati
  15. double penetration akan membuat perempuan tersenyum
  16. lelaki Asia tak pernah wujud
  17. Jika kamu terserempak dengan seorang lelaki sedang main dengan teman wanitnya dalam semak, lelaki itu mesti tak kisah kalau kamu masukkan penis kamu ke dalam mulut teman wanitanya.
  18. jururawat suka hisap konek pesakit
  19. semua lelaki tak pernah pancut dalam
  20. Jika teman wanita kamu nampak kamu jilat teman baiknya sendiri, dia cuma marah sekejap je, sebelum dia join sekali.
  21. perempuan tak pernah sakit kepala atau datang bulan
  22. semasa perempuan hisap konek laki-laki, adalah penting untuk mengingatkan dia dengan perkatan "suck it"
  23. semua lubang jubur adalah bersih
  24. perempuan akan berasa sangat terkejut semasa membuka seluar laki-laki dan mendapati ada penis di dalamnya
  25. lelaki tak perlu merayu
  26. semasa melakukan blowjob sambil berdiri, kebanyakkan lelaki dengan bangganya akan cekak pinggang
  27. semua lelaki memiliki konek yang sama besar dengan konek Peter North
  28. semua alat sulit wanita dalam keadaan botak licin
  29. mana-mana perempuan yg ikat rambut ala pigtail adalah remaja
  30. kalau tak ikat rambut , mereka adalah MILF




Ok, bulan puasa, aku paham,
tapi aku memang tak tahan gelak baca post porno ni, tu sebab aku translate..

post originalnya di :
http://www.mileanhour.com/post/What-porn-teaches-us.aspx

Wednesday, July 13, 2011

0

Thursday, September 23, 2010

Raya Reunion Gigs ( big john edition )

0



Sekarang Temerloh dah lain ...
Temerloh dulu tercemar teruk dengan kesunyian 
Temerloh dulu murung  seperti tanah kuburan
Ternyata Mini gigs secara bersiri sepanjang tahun telah berjaya merubah Temerloh
menjadi kandang rock n roll 

Seperti yang dijanjikan
:raya reunion gigs:  Upacara tradisi tahunan 
Kita cuba menghimpunkan semua kugiran tanah patin di dalam satu sarang

12 band - rm3 adalah harga di tingkat khayalan.

Almost illegal ... Pemilik sarang berhaluan hardcore


Kalau dulu setiap oksigen yang  dihirup bernada sepi dan diam
kini  warga patin sudah fasih bertutur bahasa petir

Paloh ( Rotgut ) mahaguru bahasa petir
STP yang lama menyepi

Di sinilah kita dapat melihat belantara sebenar
crowd yang melompat buas seperti singa lapar : http://www.youtube.com/watch?v=FRjnEMyj3Yc
dan moshing seperti serigala liar : http://www.youtube.com/watch?v=_r_t7wlIHLg




Seperti yang kami maklumkan tentang menghimpunkan band dalam satu sarang.......
Tak kira baru atau lama ,
Semuanya bersama-sama berkongsi gelanggang

yang junior macam ~ Pulling T
Yang senior macam ~nebulizer

tak kira jinak atau  buas 
Semuanya bersama-sama berkongsi gelanggang

yang sepatutnya jinak macam ~ rootstalk (tapi dah makin metal pulak)

yang buas macam ~ naked weapon


Setiap tahun , semakin menyerlah
band juga dah semakin membiak
dari bilik sempit kita berpindah ke ruang lebih selesa bagi menampung kapasiti manusia
Semoga mitos scene muzik  temerloh terus membesar atas satu dasar : UNITY

yang jarang cukup line up tapi akhirnya berjaya unite semula macam ~ the grass

yang jarang dapat unite bersama macam ~ BDK

yang cuba belajar unite walaupun tak cukup line up macam ~ Soul Savior

yang hari-hari unite di pasar malam ~ GSW

yang unite dari jerantut macam ~ attach cholera



khabar paling buruk buat kesunyian,
Kerana Patin Rock city dalam pertemuan
Dan tradisinya adalah kebingitan


Terima kasih untuk semua yang menjayakan ....terutama kepada crowd
tahun depan kita jumpa lagi .... CHEERS ~!!!!!


sekadar gambar hiasan

TJ riot ~
fredo dengan crowd-crowd upahan

Friday, September 10, 2010

Raya tahun kelmarin hanyalah semalam

0





Batas yang menjarakkan dua titik
berlalu bagaikan sungai yang mengalir deras
Waktu bergilir datang dan pergi
Ku selusuri turun-naik tangganya bagaikan tak terasa


Seperti kalungan rantai
setiap hari itu adalah manik-manik mutiara
dan Aidil Fitri itu adalah berlian yang menjadi  loketnya

Ia datang lagi,
Sungguh, ku rasakan tahun kelmarin hanyalah semalam
ketika aku menikmati cookies yang dibakar oleh cik Ainunl 
mendengar lagu soldier of fortune dendangan big john  
dan saat getir mohd Azlan membakar rentung baju Melayuku
bersorak girang dalam  keramaian rock n' roll
berberapa detik sesudah ku lahap patin-patin terakhir

Aku tak tahu mencoret erti hari raya mengikut kaca mata para ambia
Sememangnya aku belajar dari kehidupan
Ia memang hari yang berbeza
Pagi hening dalam kesayuan
menghambat rasa  maaf dan syukur

SELAMAT HARI RAYA

Di kesempatan ini
Aku ucapkan selamat hari raya
kepada semua teman-teman yang aku kenal secara peribadi ,
mahupun teman-teman yang ku kenal lewat alam virtual

Aku memohon maaf dan ampun andai ada tersilap kata,
terkasar bahasa
atau membuatkan sesiapa rasa tersinggung
maklumlah kadang-kadang tersasul,
kadang-kadang tercabul
bukan maksud aku nak jadi cabul, tapi cabul tu sendiri yang nak jadi aku 

Sekali lagi minta maaf,  Zahir dan batin 
berhati-hati di jalan raya, 
semoga anda selamat tiba
dengan ucapan Selamat hari raya dari EON untuk semua

Monday, August 9, 2010

Dewi Bulan yang direjam dengan Lembing Apollo

0

Biasanya , kalau hari Jumaat, memang aku rehat lama sikit.
Pergi sembahyang. 
Tak tahu apa yang pelik sangat pada pemikiran bos aku .
Agaknya dia ingat aku curi tulang kot ? Rehat lama-lama.
Ada sekali dia tanya: “Lu percaya sama tuhan ka?”

Pelik bunyinya soalan boss aku . “Kenapa?”.
Aku jawab balik soalan dia dengan soalan aku sendiri pulak.

“Lu orang melayu, bukan sembah itu bulan ka?” 
Dia tanya lagi tanpa segan silu. Dia nampak yakin dengan soalan dia. 
Mukanya langsung tak ada tanda-tanda rasa bersalah.

“Mana ada sembah bulan” aku jawab balik dengan rasa pelik. Ajaran sesat mana pulak yang rasuk boss aku ni sampai tiba-tiba tanya soalan macam ni. Selama ni tak pernah pun.


“Bukan lu Melayu punya orang mau hari raya mesti mau tengok bulan?” Sungguh ikhlas sekali bunyi soalan dia ni. Terus aku dapat tangkap paras intelektual dia.

“Ohhh ! sebab tu ke? 
Bukan ma, kitorang melayu ikut calender Arab. Orang putih ikut pusingan matahari, kitorang ikut pusingan bulan.Kalau mau raya mesti mau tengok bulan dulu, sudah pusing habis ke belum.”

Sebenarnya aku pun jawab ikut belasah je. Aku bukan tahu sangat pun. 
Tapi tahan sikitlah daripada dia yang selama ni sangka, orang Islam ni sembah bulan. Bunyi macam pagan je.

“Itu macam ka? Tapi saya aa, sudah tak percaya tuhan lagi. Saya sembahyang pun pasal adat saja.”

Wah ! Terus penasaran aku . Biasanya , dialah yang pagi-pagi pergi bakar colok kat tokong. Aku ingatkan alim, munafik rupanya.

“Dulu orang Amerika hantar roket pergi bulan, tak ada jumpa sama kita punya tuhan. kita aa, Cina punya org percaya bulan sana ada dewi duduk. itu dewi serupa tuhan la.”

Aku biarkan aje tauke aku dengan fahaman agnostik dia tu. Mungkin teori ketuhanan dia secara individu je.

Pasal paras kejahilan dia tentang agama Islam tu, aku ibaratkan sama macam kejahilan aku tentang dewi bulan tu juga. Kalau dia tak cerita, aku pu tak tahu pasal agama dia ada tuhan tinggal kat bulan.




* * *
Aku balik rumah. Terus buka internet.

Nak persiapkan diri , aku nak google cerita pasal Dewi Bulan tu. Lain kali , kalau ada orang cina lain tanya soalan sama, aku dah prepare jawapannya. Aku tahu sikit-sikit pasal tuhan mereka.


Dan yang aku jumpa adalah mitos purba kehidupan dewa-dewi menurut kepercayaan orang Cina. Aku syak betullah kot .... Dan Mengikut wiki..






Di syurga,ada pasangan bernama Houyi dan isterinya benama Cheng’e. Seperti juga hidupan lainnya di syurga, mereka adalah immortal. 
Maknanya laki-bini kebal dan tak boleh mati.

Tetapi keseluruhan territori syurga berada dibawah perintah oleh Yù Huáng (maharaja jed). 

Pada suatu ketika, 10 orang anak Maharaja Jed telah bertukar menjadi matahari. Aku kurang pasti tujuan mereka jadi matahari tu , akan tetapi ... Secara tak langsung bumi jadi sangat panas.

Houyi si suami itu telah diperintahkan untuk memnggil pulang anak-anak Maharaja jed. 
Dia menganggap itu tugas yang mudah je . lagi[un Houyi memang terkenal sebagai pemanah terhebat di syurga.

Dia pun menyasarkan dengan tepat pada 9 biji matahari yang semua panahannya membuatkan matahari itu terpadam.
( kononnya 1 lagi yang tertinggal adalah matahari yang kita nampak hari ni )

Maharaja Jed jadi sangat marah bila dapat tahu cara Houyi menyelesaikan masalah. apatah lagi 9 biji matahari yang terkorban itu adalah anaknya sendiri.

Akibat amarah yang tak tertanggung, dia dengan kemurkaan seorang tuhan besar yang juga penghulu surga telah menarik balik kuasa immortal pasangan suami-isteri itu sebelum mencampakkan mereka ke bumi.

Kecewa sebab kehilangan kuasa immortal, Houyi telah menjelajah serata bumi . Kononnya di Bumi pun ada pil immortal. 

Akhirnya berkat usaha gigih berjaya juga dia mendapatkannya. Diberikan sendiri oleh Queen mother of the west yang bermastautin di gunung kura-kura.

Diberikannya sebiji pil. Tapi kalau dikerat dua pun , sudah cukup untuk menjadikan orang yang memakannya sebagai immortal. jadi kuantiti 1 tu dah cukup untuk dia makan laki bini.

Houyi menyimpan pil itu ke dalam satu uncang dan membawanya pulang. 
Sesampai di rumah, dia keletihan mahu mandi, dia berpesan kepada isterinya, agar jangan dibuka uncang itu . 

Namun isterinya Cheng’e tak patuh pada perintah, malah dia membuka uncang dan segera ternampak pil immortal tersebut. 

Namun tiba-tiba suaminya yang selesai mandi kembali. Dari derapan bunyi langkah suaminya itu membuatkan Cheng’e jadi kaget. Panik.

Tanpa fikir panjang disorokkan pil itu didalam mulutnya, yang kemudiannya secara tak sengaja dia telah tertelan pil immortal tersebut.

Kerana kuasa pil melebihi kadar sukatan. Maka Cheng’e jadi overdose. Tubuhnya terapung ke udara.

Houyi yang menyedari ada sesuatu yang tak kena berusaha memaut isteri dari terus terapung.
Namun tidak berjaya.
Houyi yang kehabisan akal mahu tak mahu terpaksa menggunakan anak panah untuk mengelakkan isterinya dari terus terapung, tapi tak sampai hati. Kerana cinta. 

Cheng’e terus terapung tinggi sehingga mendarat di bulan. Kuasa immortalnya membuatkan dia terus kekal berada di situ Sehingga ke hari ini.

* * *

Boleh tahan romantiknya cerita tu. Macam satu chapter dalam hikayat 1001 satu malam. Kisah tu mungkin tamat sebagai sebuah kisah yang agak sedih. 

Tapi sambungan mitos tu lebih menyedihkan. Sifat ketuhanan Dewi tersebut telah dipanah oleh roket Amerika bernama Apollo 11.. Damn you America !!
dan penjelajahan angkasalepas NASA telah membunuh kepercayaan agama Bos aku... 


Cerita ni dah 2 tahun lepas . Aku cuma repost balik je.
Mengingatkan kembali pada soalan "hari raya mesti nak tengok bulan" maka aku terus teringatkan pasal bulan puasa :



Maka aku mengambil kesempatan ni nak ucapkan pada kawan-kawan semua
Selamat berpuasa di bulan Ramadhan