skip to main |
skip to sidebar
Mereka semua datang dengan sebab, dan mereka tersingkir juga dengan sebab:
Algeria ★ ada pun macam tak ada,
eh, aku pun dah lupa... pasukan ni main 2 kali ke 3 kali ?
Argentina ★ gergasi latin ni macam armada perang yang menakutkan. Barisan hadapan boleh dilabelkan tahap senjata pemusnah. tapi gagal bersaing kompetitif sebab menggunakan perisai mainan beli kat pasar malam
Australia ★kangaroo tempang
Brazil ★ Mereka menjadi pasukan pilihan utama dalam semua 19 kali kejohanan piala dunia , walaupun mereka cuma mampu merangkul trofi 5 kali je.(Jangan bimbang, mereka akan jadi pasukan pilihan lagi untuk kejohanan akan datang)
Cameroon ★ pasukan ini datang untuk menari. Kalah menang tak kisah, yang penting menari .. ayuh donk ! digoyang, digoyang , ah , ah !!
Chile ★ goal keeper mana ? oh !! kat tengah padang..
err bola kat mana ?? ooo , kat dalam gol.. bodoh keeper otak udang
Côte d'Ivoire ★ dah tahu memang takde peluang, mereka cuma nak timba pengalaman kencing tengah padang
Denmark ★ Viking bersaiz thumbellina
England ★ tak sangka mereka datang dari manchester united, chelsea & liverpool sedangkan gaya permainan mereka lebih mirip pasukan divisyen 4, Swindon city
France ★ Pasukan ayam pencen
Germany ★ Pasukan terbaik di piala dunia kali ini.Mereka boleh membelasah sesiapa sahaja kecuali sotong
Ghana ★ kalau menang jadi wira afrika, kalau kalah pun jadi wira afrika
Greece ★ menggunakan formula zaman primitif , sewaktu pasukan lain maju ke depan, greece lebih suka berundur ke belakang
Honduras ★ pasukan bertaraf piala tiger
Italy ★ tak mendapat keputusan yang baik walaupun bermain bermain dengan baik,
Japan ★ menggunakan khidmat guru besar sekolah sebagai coach dengan pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang freekick
Korea DPR ★ punching bag !! menyediakan perkhidmatan gangbang
Korea Republic ★ 4 perlawanan, 1 menang, 1 seri, 2 kalah
Mexico ★ gol tevez tu patut dibatalkan... kami mahu kalah 2-1 bukan 3-1
Netherlands ★ ubat tidur pun takde mengantuk macam team ni
New Zealand ★ Pasukan lembu tompok2. Mereka masih tak tahu kalau dalam bolasepak itu ada keputusan menang dan kalah. Mereka cuma tahu seri, seri, seri dan seri
Nigeria ★ dalam jarak dua jengkal dari gol terdedah pun, mereka lebih suka sepak menyeleweng
Paraguay ★ mereka bagaikan kereta yang ada 1 gear ke depan dan 9 gear gostan
Portugal ★ tersingkir awal pun tak apa selagi berjaya kongker iklan minyak rambut
Serbia ★ pasukan ni dah tersingkir ke ? bila masa dia main ?
Slovakia ★ bermain teruk dalam semua perlawanan kecuali masa lawan Italy
Slovenia ★ pasukan paling malang sebab mereka satu-satunya pasukan yang berjaya dikalahkan oleh england.
South Africa ★ Tuan rumah pertama yang gagal melepasi peringkat kumpulan kerana tertekan dengan bunyi vuvuzela
Spain ★ pasukan nafsu rendah .
Sesetengah pemerhati menganggap mereka seperti mesin, tapi kalau dilihat jumlah jaringan nampaklah mereka adalah mesin yang tak produktif
Switzerland ★ mereka tak bernasib baik seperti Spain, tapi mereka lebih baik dari spain
United States ★ peduli apa dengan piala bolasepak, selagi kami juara bertahan bola keranjang
Uruguay ★Sewaktu pasukan lain buntu dengan jabulani tapi tidak kepada La Celeste, gandingan Forlan dan Suarez ternyata selesa menghasilkan gol-gol beraneka jenis sebagai hobi masa lapang
penuh sinis!!!!!!!
ReplyDeletegua suka analisis lu adi
2014 lu leh ganti pundek2 bolasepk kat astro tu, keh keh keh