Sunday, February 14, 2010

Sengketa siluman - ( Epik yang sengaja tak mahu ditamatkan)

0


Aku sudah nekad.
Tiada jalan berundur dalam perjalanan hidup seorang gladiator.
Biarpun siluman yang menunggu itu sebesar naga , yang giginya berceracak seperti duri landak.
Yang nafasnya berbau tengik seperti kelangkang monyet. Takkan ku berganjak walau setapak.

Namun shaman-shaman penyihir itu tetap juga mahu menahanku. Berbuih-buih mulut mereka melarang.

Meskipun tulang-belulang yang ditabur mereka memberi alamat yang paling buruk sedang menunggu.
Ah, kacau !! Tidak mungkin itu terjadi.
belantan berduri


Aku ini gladiator. Nasibku terletak pada duri belantan yang ku pikul di belakang bahuku.
Nasibku terlindung di belakang zirah besi yang membalut tubuhku.
Kenapa pula aku mesti bergantung nasib pada tulang-tulang voodoo.

Apa gunanya jampi serapah tukang sihir bercawat itu kepada ku.
Melihat saja aksi mereka yang terkinja-kinja seperti cacing.
Ah , itu terlalu lucu.
Tak mungkin aku biarkan diriku menjadi seperti mereka, kemabukkan kemenyan.

Saat ku toleh ke dibelakang.
Mereka semua maratapi perjalananku dengan wajah sedih.
Ah , para ibu perlu tahu jati diri seorang prajurit. Termaktub sudah dalam kod etika seorang gladiator.
Jangan sesekali airmata berderai di khalayak ramai.
Merengek-rengek itu badaya kanak-kanak.

Biarpun tangisan dan mentera voodoo itu telah bersekutu menghalang,
namun perjalanan tetap ku teruskan.
Ku langkahi paya-paya hitam paling puaka yang pernah diketahui umum.
Paya tempat bersembunyinya siluman sial.
Siluman yang sudah memisahkan kepala dari jasad beribu-ribu pahlawan.

Ku susun langkah dengan cermat. Aku tak mahu kehadiran ku disedari.
Di setiap langkah, ku pastikan airnya tak berkocak.
Pahlawan-pahlawan sebelumku mungkin menerima ajal akibat diterkam lehernya dari belakang.
Tapi aku bukan seperti mereka. Aku ini berdarah predator.
Berhadapan dengan Gladiator seperti aku, siluman itulah yang berhak mengawasi lehernya sendiri.
Kerana aku ini dari jenis predator yang suka menerkam.

Hawa dingin berderu bersama angin yang bertiup dari selatan. Ku rasakan kehadiran makhluk melalui deria ku yang ke 56. Tingkat deria yang paling sensitif menghidu bakal terjadinya aksi pertarungan.
Ku perkemaskan gengamanku pada belantan, apa saja yang muncul kali ini, pasti ku rodok perutnya sampai terburai.
darah ksatria


Seperti yang ku jangka. Satu terkaman datang dari belakang.
Aku pantas menunduk sambil tersenyum dan berkata dalam hati. "Ah, amatur".

Dari ekor mata dapat kulihat keadaan siluman malang itu jatuh bergulingan.
Namun aku enggan terus menyerang sewaktu ia sedang dalam keadaan hilang imbangan.
Kemenangan seperti itu tak memberi makna kepada ku.
Tiada apa yang dapat ku ceritakan kepada kaumku di saat kepulanganku nanti.
Namun jauh di sudut hatiku terdetik juga pertanyaan. Siluman jenis apakah ini.
Belum lagi aksi foreplay pun sudah boleh ku tebas lehernya jika aku mahu.

Biarpun apa pun yang berlaku, aku tetap harus berhati-hati.
Etika Gladiator yang ke dua.
Jangan pandang rendah pada musuhmu sekalipun dia nampak tolol.

Mataku tak sekali pun berkelip.
Ku pandang tepat pada sekujur tubuh hodoh seekor siluman.
Ya, hodoh sekali. Matanya tersembul, hidungnya tebal kembang kempis.
Hampir tak tertahan rasa lucu ..
saat kusedari, bahawa bulu lebat yang berjurai-jurai di atas bibir makluk itu bukanlah misai, tapi sebenarnya bulu hidung.
Nah. Memang aku ketawa seadanya.. terbahak-bahak.
gambar hiasan supaya mendatangkan mood setan


Melihat aku tertawa, siluman itu menjadi marah. Mukanya jadi merah menyala.
Tiba-tiba ia terus menerkam secara pukul curi.
Aku hanya mengelak dengan berundur setapak ke belakang.

Nah, ternyata siluman itu tersasar. Sekali lagi ia hilang imbangan dan tersembam.
Aku mula merasa simpati akan nasib siluman ini....







------------------------------------- > malas sambung dah.. saje test pawer menulis .. :)

Friday, December 25, 2009

Woodstock '69

0

Kalau ada seekor jin afrit muncul tiba-tiba dari muncung lampu ajaib yang baru aku gosok. Memperlihatkan  wajah yang bengis di balik kepulan-kepulan asap hapak berbau kemenyan, menempelak dengan suara garau yang bergema-gema. Ternyata jin afrit itu tahu berbahasa malaysia :
" Sekarang saya adalah khadam tuan. Dan saya akan menunaikan satu permintaan .  Mintalah apa saja yang tuan suka "
Ok. pertama sekali aku tak suka berbertengkar. Maka aku takkan bertanya kepada jin afrit tu kenapa satu permintaan sahaja. Bukankah sepatutnya 3 seperti yang selalu aku baca dalam kisah seribu satu malam.
Dan kedua , aku akan cakap pada jin afrit tu.  "tolonglah, jangan panggil aku 'tuan'." Tak anarki langsung bunyinya.  No master , no slave la... please ..
Hanya pada fikiran jurus ke-tiga baru aku mula berfikir dengan cermat.
Apa yang aku nak minta dari jin afrit ni ?
Errr , adakah aku akan mengambil masa yang panjang untuk memikirkan satu permintaan penting dalam hidup ?
Hehehe, dah tentu tidak .... aku akan jeritkan sekuat hati supaya jin afrit tu tak salah dengar.
"Jangan berlengah lagi , wahai jin afrit.... bawak lah aku ke musim panas tahun 1969 di Woodstock. Bawaklah aku sekaranggg".
SEX,  DRUGS AND  ROCK N ROLL ..... baby.. oh yeahhhhhhh....!!!!!!
Apa yang aku nak buat di situ ? Di tengah-tengah karnival, 400 000 hippies yang penuh dengan warna bunga-bunga flower Power. Adakah kerana kondom dan dadah diedarkan secara percuma?
Yang pastinya aku tak berminat dengan  Acid, LSD dan marijuana. Dadah-dadah tu takkan membuatkan aku horny.  Tapi segerombolan awek-awek berambut Afro yang berlari terlanjang sepanjang jalan semestinya sangat mengujakan sekali.  :)


flyers original untuk karnival woodstock

Persembahan muzikal yang dihidangkan percuma 3 hari tanpa henti. Oh yeahhhhh . Lihatlah pada senarai kugiran. Mereka adalah yang artis-artis paling terkenal di dunia.

Friday, August 15

  • Richie Havens
  • Swami Satchidananda - gave the invocation for the festival
  • Sweetwater
  • The Incredible String Band
  • Bert Sommer
  • Tim Hardin
  • Ravi Shankar
  • Melanie
  • Arlo Guthrie
  • Joan Baez

Saturday, August 16

  • Quill, forty-minute set of four songs
  • Keef Hartley Band
  • Country Joe McDonald
  • John Sebastian
  • Santana
  • Canned Heat
  • Mountain
  • Grateful Dead
  • Creedence Clearwater Revival
  • Janis Joplin
  • Sly & the Family Stone
  • The Who began at 4 a.m., 
  • Jefferson Airplane

Sunday, August 17 to Monday, August 18

  • The Grease Band
  • Joe Cocker
  • Country Joe and the Fish
  • Ten Years After
  • The Band
  • Blood, Sweat & Tears
  • Johnny Winter featuring his brother, Edgar Winter
  • Crosby, Stills, Nash & Young
  • Paul Butterfield Blues Band
  • Sha-Na-Na
  • Jimi Hendrix
Apa yang aku nak buat dekat situ ?
O yeah!! , aku nak berbogel di sebelah kandang lembu sambil mendengar lagu country Creedence Clearwater Revival . Dan nak menyanyi kuat-kuat supaya suara aku bergandingan dengan bunyi guruh di langit.  Tiada siapa yang peduli dengan masalah cuaca di sini. Bila hujan datang mencurah . Kawasan ini akan menjadi padang lumpur yang lecak. Maka akan berlakulah satu lagi pesta. Halusinasi hippie-hippie LSD akan membuatkan berlari dan mengelunsur di permukaan tanah. Lelaki dan wanita.  Ya, dan semestinya berbogel.
Setiap malam , padang ragut yang hijau ini sentiasa bertukar hangat. Cinta ada di mana-mana. Di dalam khemah yang bergoyang. Di dalam van Volkswagon yang berbaris atau juga yang beratapkan langitraya . Make love not war.

Woodstock  sering diingat sebagai antara peristiwa penting dalam sejarah rock n' roll.
Semua artis yang beraksi pada persembahan 3 hari itu akan kekal menjadi lagenda yang immortal. Dan pada artis yang pernah menolak untuk membuat persembahan di tengah kawasan ladang lembu itu pasti menyesal selama-lamanya. Kerana Woodstock tak mungkin berlaku untuk kali kedua.

Mari dengar kisah artis-artis  kerana tak mengetahui bertapa besarnya Woodstock

  • The beatles menolak untuk membuat persembahan di Woodstock kerana John Lennon mahukan satu lagi slot untuk band isterinya Plastic ono band. No way , dude...  tak ada slot untuk band plastik. Woodstock untuk band Hippie je, poor you !! Kau pergilah layan band bini kau kat dalam bilik je
  • The Door pula tolak pelawaan sebab  menyangkakan Woodstock hanyalah festival pop gred dua . Sebenarnya merekalah yang kempunan untuk bermain di festival gred satu. Losers !!!
  • Led Zeppelin pula menolak sebab tak mahu jadi salah satu daripada band besar dalam festival tu... mungkin kerana mereka dah biasa menjadi satu-satunya nama besar dalam setiap siri konsert mereka. Lalu mereka habiskan masa menonton Elvis. Gimme a break will ya.... Hippies sedang mencipta sejarah dan kamu cuma habiskan masa tengok tarian ketar-ketar kaki yang ketinggalan zaman je ??
  • Jethro tull pula salah faham bila dijemput bermain didepan hippie, dadah dan lumpur . Mereka kata tidak. Sebab mereka tak true hippie. mereka cuma Posers !!!!
  • The Spirit pula menolak kerana ada jemputan showyang lain. Ya, mereka juga tak tahu apa yang mereka bazirkan. Satu peluang untuk berada di festival yang paling hebat .
  • Bob Dylan menarik diri kerana anaknya sakit.
  • The byrds pun di-invite ke sebuah festival muzik tanpa bayaran. Mereka kata "tidak, kami mahu berehat" . Dan mereka tak sedar pun yang mereka telah membuang tiket untuk berada di Woodstock . Festival muzik terhebat sepanjang zaman.
  • Tommy james and the Shondells juga mendapat jemputan semasa mereka bercuti di Hawaii. Pihak pengurusan mereka memberitahu yang mereka dijemput oleh seorang penternak babi untuk membuat persembahan di tengah ladang. Mereka menolak dan hanya berberapa hari selepas itu baru mereka sedar yang mereka telah melepaskan festival muzik paling hebat sepanjang zaman.

Sunday, October 4, 2009

Jika mimpi masa silam ku simpan dalam kaca jadi perhiasan - ELLA

0

Untuk menembus tembok masa silam., aku harus membakar api ingatan sampai rentung.

Biarpun terpaksa menuangkan cairan insulir ke dalam tekak.
Kemudian mengelupur berberapa minit persis kerasukkan setan.
Sebelum kehabisan energi lalu rebah ke lantai .... menderita pitam .

Lagu-lagu kesunyian bergelumang di segenap ruang.
Ku biarkan drama-drama berwarna polaroid berkumpul di kotak fikiran.
Berputaran silih berganti.
Dan suara-suara masa lampau terus rencam menjerit.

Aku bangkit perlahan-lahan..
Amnesia  telah merompak sebahagian besar memori .
Tapi aku masih di sini mengutip catatan-catatan hidup yang lama tercicir.






Ya! Aku memang pernah menjadi seorang anak kecil .
Comel dan riang.
Figura bocah yang menghadirkan perasaan geram untuk didukung.

Kadang-kadang rimas juga bila semua orang berebut-rebut nak dukung aku.
Terutama 4 orang kakak-kakak aku.
Atau 6-7 lagi jiran-jiran perempuan yang sebaya kakak aku.

Tapi bukanlah semua dukungan itu kosong tanpa tujuan.

Misalnya pada malam fun fair.
Malam pesta untuk gadis era awal 80an melepas rindu dengan sang kekasih pujaan hati.
Kakak aku sering minta kebenaran ibu untuk membawa aku ke sana , kononnya untuk behibur ...

Tak lebih dari sekadar helah untuk mereka keluar malam bertemu teman lelaki.
Cinta juga ada taktikal politik, pecah dan perintah .

Memang membosankan.
Walaupun kakak memegang tangan aku, tapi sebenarnya dia langsung tak menghiraukan aku.
Perhatiannya tertumpu 100% pada  lelaki hodoh yang jalan berdampingan dengannya.
Sedangkan aku lebih teruja pada stage kecil yang sedang hangat dengan bunyi rock n roll.

O yeah !! Aku kenal kugiran yang sedang beraksi tu.
Ella and The Boys.
Mereka selalu masuk URTV, tu sebab aku kenal.

Aku lepaskan tangan kakak aku.
Aku kata nak tengok Ella.
Dan dia pesan, jangan pergi jauh-jauh. nanti dia susah nak cari.

Menghala ke depan stage bukanlah tugas mudah.
Tubuh kecil aku terpaksa meredah lautan manusia.
Dan paling sukar sekali adalah melepasi  halangan para martyr mabuk yang sedang berjoget beruk.
Malam tu aku tercegat depan pentas sampai habis persembahan.
Bebola mataku bercahaya mengkagumi Ella.

Bila show dah habis, ada sekumpulan mamat-mamat selekeh yang kelelahan berjoget beruk menuju ke belakang stage.
Aku  ikut sekali.
Nak tengok kalau-kalau mereka nak sambung joget kat belakang stage pulak.

Rupa-rupanya tak.
Mereka semua sedang menggatal nak bersalam dengan Ella.
Puas bouncer tolak mereka pergi.
Padahal Ella buat tak tahu je sampailah saat dia ternampak kelibat aku.

Ella hulurkan dua belah tangan teruja nak dukung aku.
Maklumlah aku kan comel dan manja.
Cuma aku tak berani.
Takut sebab Ella tu artis. Muka dia selalu masuk TV.
Jadi ku terus lari cari kakak aku.

Cerita tu berlaku  mungkin lebih 20 tahun dulu.
Sekarang Ella dan tak bersama The Boys lagi.
Manakala aku telah membesar dan bertambah comel.

Cuma tinggal satu tanda tanya .....

Sekiranya Ella berjumpa aku sekarang ..
adakah dia masih menyimpan perasaan untuk mendukung aku ?