Monday, May 24, 2010

Empodecles : sang pemakan api

0




Bahawa dikalangan warga Greek itu sendiri, ada insan yang terserlah dari insan-insan lain.

Mereka itu lazimnya, akan dipahat menjadi berhala bersaiz gigantik,
yang sepenuhnya diukir dari batu marmar ,
tak lain sebagai penghormatan,
Seakan souvenir untuk masa depan.

Di antara berhala-berhala gadang yang tersusun dalam formasi mirip bintang-bintang zodiak itu,
lazimnya terdiri daripada insan yang dalam hidupnya terserlah kerana kearifannya,
keperkasaannya,
 adapun juga kerana jasa-jasa besar semasa hidupnya.


Empodecles, itu salah satu dari berhala agung,
 pemikir kelas atasan.
 Menempa namanya sendiri sebagai model aneh campuran kebijaksanaan dan kebodohan.

Kata orang Roman, Empodecles itu separuh manusia separuh dewa.
Empodecles pula mendakwa bahawa dirinya bukan manusia dan bukan pula dewa.
 Melainkan dirinya itu adalah tuhan.

Empodecles menyihir seluruh Roman dari hujah geniusnya,
alam semesta ini hanyalah permainan jigsaw puzzles yang berakar pada 4 unsur primordial.
 Api , air, tanah dan udara.

"Yang memisahkan unsur-unsur itu adalah BENCI,
 dan yang menyatukan unsur-unsur itu pula adalah CINTA"

Proses reinkarnasi berulangan secara eternity.
Seperti yang mereka percaya. Dan Empodecles itu memang sifatnya rhetorikal.

Dahulu, perut ku mungkin pernah menjadi sebahagian dari badan unta dan telapak tangan ini pula adalah punggung beruang.

Penduduk Roman kian pandai bermain sifir. Anak-anak bebal pastinya kerana otak mereka terhasil dari elemen udara. Dan anak-anak liar adalah hasil perkongsian roh dengan serigala.

" Manusia itu terhasil dari unsur-unsur api" kata Empodecles memperbetulkan.

Seusai dia membongkar hukum kejadian manusia,
 dia mula percaya bahawa dia adalah tuhan agung.
yang dia telah menemukan jampi untuk menghalau setan,
 menahan taufan, malah juga menghidupkan para arwah. 
Bergelandanganlah Empodecles ke serata lorong-lorong kota. Mencari pesakit.

" Manusia itu terhasil dari unsur-unsur api" Empodecles sekali lagi ingin meyakinkan.
" buktikanlah " teriak warga Sicily sebulat suara.

Demi membuktikan kebenaran teorinya bahawa manusia berasal dari api, atas nama egoistik.
Empodecles melemparkan dirinya sendiri ke dalam lahar api Gunung Etna.
Terpanggang oleh neraka yang di carinya sendiri.

Begitulah kesudahan seorang egomaniac, 
dia benar-benar telah menyatukan tubuhnya dengan elemen api,
 cuma malang dia tak sempat menulis sendiri tentang kejayaannya.

Pengikut-pengikutnya yang setia, masih percaya Empodecles itu punya mukjizat dan tak pernah mati.

Mereka malah yakin kalau Empodecles sudah tersejat naik ke Bulan.
Sehingga sekarang pun dia tetap masih bernyawa.
 Dia menghidupi dirinya dengan memakan embun




Footnotes: satu letupan gunung berapi bawah laut pada 2006 telah diberi nama Empodecles sempena kenang-kenangan

Sunday, May 16, 2010

Negeri Mendung

0



Negeri Mendung
sebuah negeri yang tidak ada hujan dan tidak ada terik cahaya
tak ada siang dan tak ada malamnya

Negeri Mendung
Langitnya suram
samuderanya kelam

Negeri Mendung
Tak ada sesiapun yang menjinjing payung di jalanan
cuaca sudah tak tertakluk pada ramalan

Namun,
Kau tak akan dapat menginjak Negeri Mendung
sebelum habis kau daki anak tangga Odessa

Namun,
Kau tak akan dapat menginjak Negeri Mendung
Sebelum kau tawan mesin pencetak awan

mesin pencetak awan

Saturday, March 13, 2010

Berhati-hati dengan propaganda Freemason

5


FREEMASON ada dimana-mana.
Bukan sahaja pada cetakan matawang dollar US,
tapi turut terlihat pada logo kereta, kulit album artis terkenal, siri kartun pokemon dan juga pada bungkusan chikadees.

Walaupun begitu, kewujudan logo itu tak sebanyak bilangan logo yang wujud dalam kepala otak orang-orang paranoid yang sangat taksub dengan kisah-kisah freemason.


Adalah membuang masa kalau diceritakan asal-usul Freemason..
maka ada baiknya klik sendiri link di bawah ni dan baca sendiri :

http://www.amazon.com/Complete-Idiots-Guide-Freemasonry/dp/1592574904


Secara ringkasnya, freemason adalah pertubuhan sulit yang bercita-cita untuk menukar bentuk planet bumi ini daripada berbentuk bulat kepada bentuk tiga segi.

Keadaan ini telah menimbulkan rasa curiga dan tak puas hati di kalangan umat manusia
Kerana usaha menyongsang akal seperti itu, maka mereka mula dikaitkan dengan gerakkan kiamat yang bersongkol dengan Dajjal.

Sudah sekian lama mereka meletakkan logo-logo berbentuk segi tiga ke merata-rata tempat.
Perbuatan merepek itu sudah lama dikesan dan dibongkar.
Hairan juga ramai penulis-penulis yang lebih mengetahui tentang persatuan itu walaupun mereka bukanlah ahli berdaftar Freemason. Dari mana mereka dapat maklumat ??

tapi itu tak penting,
asalkan kita sentiasa mengingati sesama sendiri
sebab sesetengah daripada kita tak menyedari yang gerakkan Freemason sudah menular begitu dekat dengan diri kita.
malah ianya sudahpun masuk kedalam rumah kita..

Mari kita lihat contoh-contohnya :

Cuba lihat betul-betul pada spender tersebut.
Ia berbentuk segitiga yang diterbalikkan.

Mungkin Freemason cuba mengelirukan orang ramai.

dan terdapat juga perkataan DIESEL yang diambil dari perkataan DIE (mati) dan SEL (sebuah negeri di Norway) .. mungkin maksudnya, sebelum mati baik pergi melancong ke norway..

ini lagi satu contoh.. cuba lihat dengan teliti pada gambar coli.

ini adalah konspirasi tahap tinggi
iaitu dengan meletakkan dua bentuk segitiga sekaligus
yang mana kalau dicampurkan akan menjadi logo star of david.

Setiap kali anda sedang makan nasik lemak, mungkin anda tak perasan akan bentuk bungkusannya.

nasik lemak juga adalah konspirasi jahat freemason dan zionis.. sebab itu ia berbentuk piramid..

dikatakan ahli-ahli freemason akan makan nasi lemak sementara menunggu kedatangan Dajjal dan hari kiamat

lihat dengan teliti persamaan dalam gambar.

adakah mangkuk jamban ini yang dimaksudkan oleh freemason sebagai 'the all seeing eye'

adakah mangkuk tandas ini membawa mesej sulit untuk anggota freemason ?
atau adakah mangkuk tandas itu sendiri yang dimaksudkan sebagai "supreme being' yg selalu menjadi tanda tanya selama ini



Otak adalah satu-satunya organ manusia yang berfungsi seperti tampon.
Ia berkeupayaan menyerap.
Tapi, adakah kita tahu apa yang diserap oleh otak kita
dari apa yang kiita lihat, kita dengar dan kita baca.

Aku tak tau apa yang korang lihat atau apa yang korang dengar..
maka aku cuba terangkan pasal bacaan ...

Terdapat dua jenis bacaan yang perlu kita tahu bezakan.

1) bacaan yang mengajak kita berfikir.
2) bacaan yang memutarbelit fakta dan memaksa kita berfikir seperti penulisnya.

yang pertama akan membentuk kita menjadi diri kita sendiri
dan yang kedua adalah propaganda yang mahu kita menjadi zombie.

Semoga bijak mencerna.