Sunday, May 16, 2010

Negeri Mendung

0



Negeri Mendung
sebuah negeri yang tidak ada hujan dan tidak ada terik cahaya
tak ada siang dan tak ada malamnya

Negeri Mendung
Langitnya suram
samuderanya kelam

Negeri Mendung
Tak ada sesiapun yang menjinjing payung di jalanan
cuaca sudah tak tertakluk pada ramalan

Namun,
Kau tak akan dapat menginjak Negeri Mendung
sebelum habis kau daki anak tangga Odessa

Namun,
Kau tak akan dapat menginjak Negeri Mendung
Sebelum kau tawan mesin pencetak awan

mesin pencetak awan

Saturday, March 13, 2010

Berhati-hati dengan propaganda Freemason

5


FREEMASON ada dimana-mana.
Bukan sahaja pada cetakan matawang dollar US,
tapi turut terlihat pada logo kereta, kulit album artis terkenal, siri kartun pokemon dan juga pada bungkusan chikadees.

Walaupun begitu, kewujudan logo itu tak sebanyak bilangan logo yang wujud dalam kepala otak orang-orang paranoid yang sangat taksub dengan kisah-kisah freemason.


Adalah membuang masa kalau diceritakan asal-usul Freemason..
maka ada baiknya klik sendiri link di bawah ni dan baca sendiri :

http://www.amazon.com/Complete-Idiots-Guide-Freemasonry/dp/1592574904


Secara ringkasnya, freemason adalah pertubuhan sulit yang bercita-cita untuk menukar bentuk planet bumi ini daripada berbentuk bulat kepada bentuk tiga segi.

Keadaan ini telah menimbulkan rasa curiga dan tak puas hati di kalangan umat manusia
Kerana usaha menyongsang akal seperti itu, maka mereka mula dikaitkan dengan gerakkan kiamat yang bersongkol dengan Dajjal.

Sudah sekian lama mereka meletakkan logo-logo berbentuk segi tiga ke merata-rata tempat.
Perbuatan merepek itu sudah lama dikesan dan dibongkar.
Hairan juga ramai penulis-penulis yang lebih mengetahui tentang persatuan itu walaupun mereka bukanlah ahli berdaftar Freemason. Dari mana mereka dapat maklumat ??

tapi itu tak penting,
asalkan kita sentiasa mengingati sesama sendiri
sebab sesetengah daripada kita tak menyedari yang gerakkan Freemason sudah menular begitu dekat dengan diri kita.
malah ianya sudahpun masuk kedalam rumah kita..

Mari kita lihat contoh-contohnya :

Cuba lihat betul-betul pada spender tersebut.
Ia berbentuk segitiga yang diterbalikkan.

Mungkin Freemason cuba mengelirukan orang ramai.

dan terdapat juga perkataan DIESEL yang diambil dari perkataan DIE (mati) dan SEL (sebuah negeri di Norway) .. mungkin maksudnya, sebelum mati baik pergi melancong ke norway..

ini lagi satu contoh.. cuba lihat dengan teliti pada gambar coli.

ini adalah konspirasi tahap tinggi
iaitu dengan meletakkan dua bentuk segitiga sekaligus
yang mana kalau dicampurkan akan menjadi logo star of david.

Setiap kali anda sedang makan nasik lemak, mungkin anda tak perasan akan bentuk bungkusannya.

nasik lemak juga adalah konspirasi jahat freemason dan zionis.. sebab itu ia berbentuk piramid..

dikatakan ahli-ahli freemason akan makan nasi lemak sementara menunggu kedatangan Dajjal dan hari kiamat

lihat dengan teliti persamaan dalam gambar.

adakah mangkuk jamban ini yang dimaksudkan oleh freemason sebagai 'the all seeing eye'

adakah mangkuk tandas ini membawa mesej sulit untuk anggota freemason ?
atau adakah mangkuk tandas itu sendiri yang dimaksudkan sebagai "supreme being' yg selalu menjadi tanda tanya selama ini



Otak adalah satu-satunya organ manusia yang berfungsi seperti tampon.
Ia berkeupayaan menyerap.
Tapi, adakah kita tahu apa yang diserap oleh otak kita
dari apa yang kiita lihat, kita dengar dan kita baca.

Aku tak tau apa yang korang lihat atau apa yang korang dengar..
maka aku cuba terangkan pasal bacaan ...

Terdapat dua jenis bacaan yang perlu kita tahu bezakan.

1) bacaan yang mengajak kita berfikir.
2) bacaan yang memutarbelit fakta dan memaksa kita berfikir seperti penulisnya.

yang pertama akan membentuk kita menjadi diri kita sendiri
dan yang kedua adalah propaganda yang mahu kita menjadi zombie.

Semoga bijak mencerna.

Sunday, February 14, 2010

Sengketa siluman - ( Epik yang sengaja tak mahu ditamatkan)

0


Aku sudah nekad.
Tiada jalan berundur dalam perjalanan hidup seorang gladiator.
Biarpun siluman yang menunggu itu sebesar naga , yang giginya berceracak seperti duri landak.
Yang nafasnya berbau tengik seperti kelangkang monyet. Takkan ku berganjak walau setapak.

Namun shaman-shaman penyihir itu tetap juga mahu menahanku. Berbuih-buih mulut mereka melarang.

Meskipun tulang-belulang yang ditabur mereka memberi alamat yang paling buruk sedang menunggu.
Ah, kacau !! Tidak mungkin itu terjadi.
belantan berduri


Aku ini gladiator. Nasibku terletak pada duri belantan yang ku pikul di belakang bahuku.
Nasibku terlindung di belakang zirah besi yang membalut tubuhku.
Kenapa pula aku mesti bergantung nasib pada tulang-tulang voodoo.

Apa gunanya jampi serapah tukang sihir bercawat itu kepada ku.
Melihat saja aksi mereka yang terkinja-kinja seperti cacing.
Ah , itu terlalu lucu.
Tak mungkin aku biarkan diriku menjadi seperti mereka, kemabukkan kemenyan.

Saat ku toleh ke dibelakang.
Mereka semua maratapi perjalananku dengan wajah sedih.
Ah , para ibu perlu tahu jati diri seorang prajurit. Termaktub sudah dalam kod etika seorang gladiator.
Jangan sesekali airmata berderai di khalayak ramai.
Merengek-rengek itu badaya kanak-kanak.

Biarpun tangisan dan mentera voodoo itu telah bersekutu menghalang,
namun perjalanan tetap ku teruskan.
Ku langkahi paya-paya hitam paling puaka yang pernah diketahui umum.
Paya tempat bersembunyinya siluman sial.
Siluman yang sudah memisahkan kepala dari jasad beribu-ribu pahlawan.

Ku susun langkah dengan cermat. Aku tak mahu kehadiran ku disedari.
Di setiap langkah, ku pastikan airnya tak berkocak.
Pahlawan-pahlawan sebelumku mungkin menerima ajal akibat diterkam lehernya dari belakang.
Tapi aku bukan seperti mereka. Aku ini berdarah predator.
Berhadapan dengan Gladiator seperti aku, siluman itulah yang berhak mengawasi lehernya sendiri.
Kerana aku ini dari jenis predator yang suka menerkam.

Hawa dingin berderu bersama angin yang bertiup dari selatan. Ku rasakan kehadiran makhluk melalui deria ku yang ke 56. Tingkat deria yang paling sensitif menghidu bakal terjadinya aksi pertarungan.
Ku perkemaskan gengamanku pada belantan, apa saja yang muncul kali ini, pasti ku rodok perutnya sampai terburai.
darah ksatria


Seperti yang ku jangka. Satu terkaman datang dari belakang.
Aku pantas menunduk sambil tersenyum dan berkata dalam hati. "Ah, amatur".

Dari ekor mata dapat kulihat keadaan siluman malang itu jatuh bergulingan.
Namun aku enggan terus menyerang sewaktu ia sedang dalam keadaan hilang imbangan.
Kemenangan seperti itu tak memberi makna kepada ku.
Tiada apa yang dapat ku ceritakan kepada kaumku di saat kepulanganku nanti.
Namun jauh di sudut hatiku terdetik juga pertanyaan. Siluman jenis apakah ini.
Belum lagi aksi foreplay pun sudah boleh ku tebas lehernya jika aku mahu.

Biarpun apa pun yang berlaku, aku tetap harus berhati-hati.
Etika Gladiator yang ke dua.
Jangan pandang rendah pada musuhmu sekalipun dia nampak tolol.

Mataku tak sekali pun berkelip.
Ku pandang tepat pada sekujur tubuh hodoh seekor siluman.
Ya, hodoh sekali. Matanya tersembul, hidungnya tebal kembang kempis.
Hampir tak tertahan rasa lucu ..
saat kusedari, bahawa bulu lebat yang berjurai-jurai di atas bibir makluk itu bukanlah misai, tapi sebenarnya bulu hidung.
Nah. Memang aku ketawa seadanya.. terbahak-bahak.
gambar hiasan supaya mendatangkan mood setan


Melihat aku tertawa, siluman itu menjadi marah. Mukanya jadi merah menyala.
Tiba-tiba ia terus menerkam secara pukul curi.
Aku hanya mengelak dengan berundur setapak ke belakang.

Nah, ternyata siluman itu tersasar. Sekali lagi ia hilang imbangan dan tersembam.
Aku mula merasa simpati akan nasib siluman ini....







------------------------------------- > malas sambung dah.. saje test pawer menulis .. :)