Sunday, October 4, 2009

Jika mimpi masa silam ku simpan dalam kaca jadi perhiasan - ELLA

0

Untuk menembus tembok masa silam., aku harus membakar api ingatan sampai rentung.

Biarpun terpaksa menuangkan cairan insulir ke dalam tekak.
Kemudian mengelupur berberapa minit persis kerasukkan setan.
Sebelum kehabisan energi lalu rebah ke lantai .... menderita pitam .

Lagu-lagu kesunyian bergelumang di segenap ruang.
Ku biarkan drama-drama berwarna polaroid berkumpul di kotak fikiran.
Berputaran silih berganti.
Dan suara-suara masa lampau terus rencam menjerit.

Aku bangkit perlahan-lahan..
Amnesia  telah merompak sebahagian besar memori .
Tapi aku masih di sini mengutip catatan-catatan hidup yang lama tercicir.






Ya! Aku memang pernah menjadi seorang anak kecil .
Comel dan riang.
Figura bocah yang menghadirkan perasaan geram untuk didukung.

Kadang-kadang rimas juga bila semua orang berebut-rebut nak dukung aku.
Terutama 4 orang kakak-kakak aku.
Atau 6-7 lagi jiran-jiran perempuan yang sebaya kakak aku.

Tapi bukanlah semua dukungan itu kosong tanpa tujuan.

Misalnya pada malam fun fair.
Malam pesta untuk gadis era awal 80an melepas rindu dengan sang kekasih pujaan hati.
Kakak aku sering minta kebenaran ibu untuk membawa aku ke sana , kononnya untuk behibur ...

Tak lebih dari sekadar helah untuk mereka keluar malam bertemu teman lelaki.
Cinta juga ada taktikal politik, pecah dan perintah .

Memang membosankan.
Walaupun kakak memegang tangan aku, tapi sebenarnya dia langsung tak menghiraukan aku.
Perhatiannya tertumpu 100% pada  lelaki hodoh yang jalan berdampingan dengannya.
Sedangkan aku lebih teruja pada stage kecil yang sedang hangat dengan bunyi rock n roll.

O yeah !! Aku kenal kugiran yang sedang beraksi tu.
Ella and The Boys.
Mereka selalu masuk URTV, tu sebab aku kenal.

Aku lepaskan tangan kakak aku.
Aku kata nak tengok Ella.
Dan dia pesan, jangan pergi jauh-jauh. nanti dia susah nak cari.

Menghala ke depan stage bukanlah tugas mudah.
Tubuh kecil aku terpaksa meredah lautan manusia.
Dan paling sukar sekali adalah melepasi  halangan para martyr mabuk yang sedang berjoget beruk.
Malam tu aku tercegat depan pentas sampai habis persembahan.
Bebola mataku bercahaya mengkagumi Ella.

Bila show dah habis, ada sekumpulan mamat-mamat selekeh yang kelelahan berjoget beruk menuju ke belakang stage.
Aku  ikut sekali.
Nak tengok kalau-kalau mereka nak sambung joget kat belakang stage pulak.

Rupa-rupanya tak.
Mereka semua sedang menggatal nak bersalam dengan Ella.
Puas bouncer tolak mereka pergi.
Padahal Ella buat tak tahu je sampailah saat dia ternampak kelibat aku.

Ella hulurkan dua belah tangan teruja nak dukung aku.
Maklumlah aku kan comel dan manja.
Cuma aku tak berani.
Takut sebab Ella tu artis. Muka dia selalu masuk TV.
Jadi ku terus lari cari kakak aku.

Cerita tu berlaku  mungkin lebih 20 tahun dulu.
Sekarang Ella dan tak bersama The Boys lagi.
Manakala aku telah membesar dan bertambah comel.

Cuma tinggal satu tanda tanya .....

Sekiranya Ella berjumpa aku sekarang ..
adakah dia masih menyimpan perasaan untuk mendukung aku ?



Wednesday, September 23, 2009

reuni muzikal di Temerloh

2

Aku tak pernah pun uruskan apa-apa acara pun dalam hidup.
Sebab itulah hidup aku tak terurus.

Inilah kali pertama aku organize satu jamming session yang agenda utamanya
adalah untuk menghimpunkan band-band sekampung.
Selain dapat berkumpul di hari raya, reuni seperti ini dapat merapatkan generasi lama dengan generasi baru.

Secara kronologinya kisah malam itu bermula dengan persembahan Paradive.



Paradive main awal sebab mereka datang awal.
Tapi sayangnya crowd yang ada pun cuma ada berberapa puntung je.
Sepatutnya inilah peluang nak tengok aksi band lama.

Sesuai dengan tamatnya persembahan Paradive,
semua ahli Rootstock Love pula
datang menghadirkan diri sambil mengibas-ngibaskan rambut dreadlock mereka.



Kali ini segenap ruang studio mula terpesona dengan perasaan cinta dan irama raggae.
"oh man, you're the rhythm of me heart"


Sesudah disuntik dengan tenaga ekstra dari Paradive dan membuai perasaan bersama rootstock love
persembahan diteruskan dengan The Grass yang membawa  semangat.


The Grass turut mengundang sessionist mereka Ahmad Pino ( bekas gitaris black flag)


dan undangan mereka seterusnya adalah Ttine ( KaumDemokerat )




Crowd dah semakin ramai semasa giliran STP pula untuk menghiburkan.
Seronok juga dengar lagu the bollocks ... dah lama tak dengar malapetaka.

Dan persembahan seterusnya adalah soul savior.
disebabkan aku yang main sekali maka aku takleh komen lebih.
Tapi bebudak ni kata kitorng main terukk...

Soul Savior featuring Alan Cricko
cuba bermain dengan baik walaupun mereka taklah radikal
sangat seperti yang diuar-uarkan......





Dan penutup sessi jamming tahunan kami kali ini adalah BDK .
Dengan seleksi lagu-lagu cover dari Bad Religion dan Carburetor dung.
Suasana mula menjadi hidup.
crowd mula menggila dan berpogo dalam studio yang sempit.













Owner studio siap cakap pada aku.. "Tak sangka ramai betul orang yang datang".
Lain kali boleh buat gigs pulak.
Yep , mungkin itu projek akan datang.





Walaupun ada band-band yang tak jadi main sebab band member tak cukup,
tapi aku tetap menganggap jamming session reunion ini berjaya sebab kebanjiran supporters.






Ku khabarkan berita pada Rock n Roll.......... masih ada sinar harapan di Temerloh.
terima kasih pada semua......... jumpa lagi tahun hadapan.


(credit kepada ayer diatas kesudiannya menangkap semua gambar)

Saturday, September 19, 2009

Masih segar di ingatan ..........

0

Masih segar di ingatan ...........
Sewaktu D.I.Y  mengecapi zaman kegemilangannya.
Suasana begitu segar dan muzik menjadi lebih dari sekadar hiburan.

Masih segar di ingatan ..........
Sewaktu komuniti bawah tanah ini diusahakan secara primitif.
Tanpa Master dan tanpa hamba.
Namun kita semua rasa terhibur dengan cara kita sendiri.

Masih segar di ingatan ..........
Zine-zine dari kertas fotostat bersaiz A4 dilipat dua,
Irama rock n roll yang bertempur dahsyat dengan bunyi angin dalam kaset-kaset dubbing.
serta siri gigs-gigs amatur yang tonggang-langgang berbau anarki.
Peliknya jiwa kita tetap rasa terhibur dan pada wajah-wajah kita terpancar perasaan puas.

Masih segar di ingatan .........
Teriakan halilintar suara ibu menerjah keras kerana kaset-kaset ceramah Pas kesayangannya bertukar menjadi lagu-lagu Propagandhi dan Los Crudos.
Itu semua kerja adik aku yang bongok dan tak bermoral.
Yang tak pasal-pasal akan membabitkan aku ke dalam kancah perang saudara.


Masih segar di ingatan ..........
Teknologi dan kemodenan mengembleng tenaga dengan iblis untuk menjatuhkan kita.
Raksasa bernama MP3 telah bermaharajalela membinasakan kaset-kaset dubbing kebanggaan kita.
Rangkaian maklumat di internet menamatkan penulisan zine yang sebelum ini menjadi sumber informasi utama.
itu cerita lain .. dan hanya sebahagian dari keseluruhan cerita






Hari ini kita semakin jauh meninggalkan kenangan-kenangan tersebut.

Tapi kenangan itu datang kembali.
Tahun lepas, satu text ringkas mengalir ke dalam handphone milik aku.
Ada pesanan dari salman, " anek ajak Jamming  pukul 8 malam"

Tak seperti yang aku sangka,
jamming pada malam itu bagaikan satu reunion.
Semua mereka yang bercuti raya dijemput untuk bersama-sama.
Lebih separuh dari mereka yang pernah bersama-sama memeriahkan Scene kecil Temerloh kembali bersatu bawah satu bumbung.
menyanyi, menari, menjerit, berpogo, berphotoshooting, bertanya khabar, berkongsi rasa. berbagi cerita.

Dan memang tak dapat dinafikan, kami semua pernah berkongsi cita-cita dan impian.
Sesekali berkumpul dapat menyegarkan kembali api ingatan pada masa silam.


TRIBUTE TO ASERAN  ( volume 1)


Hardkoi, antara zine  terawal di temerloh.
brader pakai jaket tu editornye



Muka laa dan muka baru



2 orang gvar kachar




Acara kegemaran ... makan2 dan borak-borak kosong ....

second edition jamming session akan diteruskan pada hari raya ke-3 tahun ni .... get ready boys