Sekarang Temerloh dah lain ...
Temerloh dulu tercemar teruk dengan kesunyian
Temerloh dulu murung seperti tanah kuburan
Ternyata Mini gigs secara bersiri sepanjang tahun telah berjaya merubah Temerloh
menjadi kandang rock n roll
Seperti yang dijanjikan
:raya reunion gigs: Upacara tradisi tahunan
Kita cuba menghimpunkan semua kugiran tanah patin di dalam satu sarang
Kalau dulu setiap oksigen yang dihirup bernada sepi dan diam
kini warga patin sudah fasih bertutur bahasa petir
Di sinilah kita dapat melihat belantara sebenar
crowd yang melompat buas seperti singa lapar : http://www.youtube.com/watch?v=FRjnEMyj3Yc
Seperti yang kami maklumkan tentang menghimpunkan band dalam satu sarang.......
Tak kira baru atau lama ,
Semuanya bersama-sama berkongsi gelanggang
tak kira jinak atau buas
Semuanya bersama-sama berkongsi gelanggang
Setiap tahun , semakin menyerlah
band juga dah semakin membiak
dari bilik sempit kita berpindah ke ruang lebih selesa bagi menampung kapasiti manusia
Semoga mitos scene muzik temerloh terus membesar atas satu dasar : UNITY
khabar paling buruk buat kesunyian,Kerana Patin Rock city dalam pertemuanDan tradisinya adalah kebingitan
Terima kasih untuk semua yang menjayakan ....terutama kepada crowd
tahun depan kita jumpa lagi .... CHEERS ~!!!!!